BPPNC NAIB JUARA EKSA! | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » BPPNC NAIB JUARA EKSA!

BPPNC NAIB JUARA EKSA!

Oleh: Ahmad Azlan Ahmad Saad

SERDANG, 22 November 2019 – Bahagian Pentadbiran Pejabat Naib Canselor (BPPNC) telah dinobatkan sebagai Naib Juara bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) untuk PTJ Kategori C bersempena dengan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2019 (HKIP 2019) baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Sesi penyampaian hadiah

 

BPPNC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil kemenangan yang telah disampaikan oleh Pengerusi, Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA), Dr. Dasrilsyah Syahrial.

Dalam Kategori C iaitu PTJ dengan bilangan pekerja berskala sederhana rendah, BPPNC telah bersaing dengan 6 PTJ peringkat akhir yang lain dan merupakan satu-satunya PTJ bertaraf EKSA. “Pengalaman pencapaian tempat ketiga pada tahun lepas telah menjadi motivasi pembakar semangat kepada warga BPPNC untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dan kini telah membuahkan hasil” Ketua Bahagian, Mohd Nazri Md. Yasin.

Bersempena dengan HKIP 2019 ini juga BPPNC turut mengetengahkan 2 pencalonan bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Pengurusan dengan produk inovasinya Smart Mobile Asset Tracker (SMAT) dan Smart Delivery Records (SDR) yang turut tersenarai ke peringkat akhir. Penyertaan HKIP kali ini juga menyaksikan penglibatan beberapa orang staf BPPNC dalam delegasi HKIP menerusi Gabungan 8 bersama-sama dengan beberapa PTJ lain. Tahun 2019 merekodkan penyertaan paling aktif daripada BPPNC bagi HKIP sepanjang 7 tahun penganjurannya.

 


Bersama YBhg. Datin Paduka Dato' Naib Canselor

Kumpulan PowerPNC dan PNCForce

Sesi Penerangan kepada YBhg. Datin Paduka Dato' Naib Canselor di Booth Pameran Anugerah Inovasi Perkhidmatan

Ketua Bahagian, Mohd Nazri Md. Yasin

Poster Penyertaan SMAT

Poster Penyertaan SDR

Gabungan 8

Persembahan Gabungan 8

Gabungan 8

Pautan berkaitan:

https://pnc.upm.edu.my/berita/bppnc_terpilih_pada_saringan_akhir_penilaian_eksa_2019-53519

https://pnc.upm.edu.my/berita/2_inovasi_bahagian_pentadbiran_pejabat_naib_canselor_tersenarai_peringkat_akhir_bagi_anugerah_inovasi_perkhidmatan_kategori_pengurusan_sempena_hari_kualiti_dan_inovasi_perkhidmatan_hkip_2019-53355

Tarikh Input: 10/12/2019 | Kemaskini: 10/12/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdWAY~