LATIHAN KEBAKARAN BANGUNAN CANSELORI PUTRA | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » LATIHAN KEBAKARAN BANGUNAN CANSELORI PUTRA

LATIHAN KEBAKARAN BANGUNAN CANSELORI PUTRA

SERDANG, 30 Julai 2025 – Latihan kebakaran bagi Bangunan Canselori Putra telah dijalankan sekitar jam 9.00 pagi dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa Emergency Respone Team (ERT). Semua ketua dari setiap pusat tanggungjawab di bangunan ini serta petugas dari Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia dan Unit Bantu Mula telah bertugas bagi melicinkan perjalanan latihan. Latihan kebakaran acara tahunan yang diwajibkan setiap tahun. Latihan ini bertujuan untuk memastikan semua warga bangunan ini sentiasa bersedia dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui tindakan yang perlu diambil sekirannya berlaku kebakaran.

          Bangunan Canselori Putra terdiri daripada Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pejabat Undang-Undang, Pejabat Pendaftar, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik, Pejabat Bursar dan Bahagian Akademik.

          Latihan dimulakan dengan deringan loceng selama 4 minit. Semua staf dikumpulkan di tempat berkumpul bagi mengambil kehadiran dan seterusnya mendengar taklimat dari ahli Bantu Mula. Latihan tamat sekitar jam 10.00 pagi.

          Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Tarikh Input: 14/11/2025 | Kemaskini: 14/11/2025 | hazrina_s

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
W, (11:00:55am-11:05:55am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]