Inisiatif Kelas Hibrid Dan Jadual Anjal Bantu Lahirkan Generasi Cekap Dan Resilien | PEJABAT NAIB CANSELOR
» ARTIKEL » Inisiatif Kelas Hibrid dan Jadual Anjal Bantu Lahirkan Generasi Cekap dan Resilien

Inisiatif Kelas Hibrid dan Jadual Anjal Bantu Lahirkan Generasi Cekap dan Resilien

Rancangan Kementerian Pendidikan Tinggi, KPT, memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal akan dapat melahirkan generasi cekap, resilien dan kalis masa hadapan.

Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, UPM, Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata, pihak universiti telahpun bersedia berikutan pengalaman serta latihan sebelum, sewaktu dan selepas negara berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.

Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, UPM, Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman
“Pihak universiti telah bersedia dengan latihan yang diberikan kepada pensyarah sebelum, sewaktu dan selepas PKP COVID -9 dan pasca COVID-19 telah banyak memberikan cabaran dan manfaat kepada universiti dan pelajar untuk mengguna pakai kaedah pembelajaran secara hibrid dan fleksibel , maka kini kedua pihak sudah bersedia.

“Namun, latihan dan program sokongan kepada pensyarah, pentadbir akademik dan pelajar berkaitan strategi dan inovasi pengajaran dan pembelajaran secara hibrid dan fleksibel akan terus diberikan bagi membantu semua pihak untuk melaksanakannya dengan efisien dan efektif.

Selain itu, bagi memastikan kualiti program akademik yang akan dilaksanakan secara anjal, serta tidak terikat dengan pengiktirafan badan profesional, akan terus dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi menghasilkan graduan yang setanding dengan graduan dari program akademik sedia ada.

Tarikh Input: 08/06/2023 | Kemaskini: 08/06/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXERFAu~