Oleh: Ahmad Azlan Ahmad Saad
SERDANG, 22 November 2019 – Bahagian Pentadbiran Pejabat Naib Canselor (BPPNC) telah dinobatkan sebagai Naib Juara bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) untuk PTJ Kategori C bersempena dengan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2019 (HKIP 2019) baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sesi penyampaian hadiah
BPPNC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil kemenangan yang telah disampaikan oleh Pengerusi, Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA), Dr. Dasrilsyah Syahrial.
Dalam Kategori C iaitu PTJ dengan bilangan pekerja berskala sederhana rendah, BPPNC telah bersaing dengan 6 PTJ peringkat akhir yang lain dan merupakan satu-satunya PTJ bertaraf EKSA. “Pengalaman pencapaian tempat ketiga pada tahun lepas telah menjadi motivasi pembakar semangat kepada warga BPPNC untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dan kini telah membuahkan hasil” Ketua Bahagian, Mohd Nazri Md. Yasin.
Bersempena dengan HKIP 2019 ini juga BPPNC turut mengetengahkan 2 pencalonan bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Pengurusan dengan produk inovasinya Smart Mobile Asset Tracker (SMAT) dan Smart Delivery Records (SDR) yang turut tersenarai ke peringkat akhir. Penyertaan HKIP kali ini juga menyaksikan penglibatan beberapa orang staf BPPNC dalam delegasi HKIP menerusi Gabungan 8 bersama-sama dengan beberapa PTJ lain. Tahun 2019 merekodkan penyertaan paling aktif daripada BPPNC bagi HKIP sepanjang 7 tahun penganjurannya.
![]() Bersama YBhg. Datin Paduka Dato' Naib Canselor |
![]() Kumpulan PowerPNC dan PNCForce |
![]() ![]() Sesi Penerangan kepada YBhg. Datin Paduka Dato' Naib Canselor di Booth Pameran Anugerah Inovasi Perkhidmatan |
![]() Ketua Bahagian, Mohd Nazri Md. Yasin |
![]() Poster Penyertaan SMAT |
![]() Poster Penyertaan SDR |
![]() Gabungan 8 |
![]() Persembahan Gabungan 8 |
![]() Gabungan 8 |
Pautan berkaitan:
https://pnc.upm.edu.my/berita/bppnc_terpilih_pada_saringan_akhir_penilaian_eksa_2019-53519
Date of Input: 10/12/2019 | Updated: 10/12/2019 | ahmadazlan
Office of The Vice Chancellor,
4th Floor, Canselori Putra,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
The Vice Chancellor's E-mail: vc@upm.edu.my