BERITA JIWA MERDEKA | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » BERITA JIWA MERDEKA

BERITA JIWA MERDEKA

CERAMAH BINGKISAN MERDEKA JIWA

 

SERDANG, 30 Ogos 2024 – Pejabat Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia mengadakan ceramah “Bingkisan Merdeka Jiwa” bertempat di Bilik Eksekutif, Pejabat Naib Canselor. Penceramah jemputan iaitu Encik Alzasha Llliyyin Zainal Abidin dari Pusat Islam. Objektif program adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang konsep Merdeka dalam Islam dan menggalakkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap Negara.

Jiwa yang Merdeka adalah jiwa orang yang bebas daripada syirik dan kesesatan, bebas daripada menghambakan diri kepada sesama makhluk, bebas daripada dibelengu elemen yang negatif yang merosakkan akidah. Jiwa yang Merdeka dapat menyerahkan sepenuh perhambaan diri kepada Pencipta alam semesta, Allah SWT pemilik Arasy.

Selari dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan ke-67, 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka' pada tahun ini menekankan aspek kebersamaan secara holistik dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

 

 

 

Date of Input: 13/12/2024 | Updated: 13/12/2024 | hazrina_s

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
S, (05:42:50pm-05:47:50pm, 12 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]