YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Ke-10 Melawat Kawasan Sekitar Kampus UPM Pada Hari Pertamanya. | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia ke-10 melawat kawasan sekitar kampus UPM pada hari pertamanya.

YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia ke-10 melawat kawasan sekitar kampus UPM pada hari pertamanya.

SERDANG, 2 Okt - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah melawat kawasan sekitar kampus UPM setelah melaporkan diri di sini, hari ini.
 
“Akan datang saya akan melawat setiap fakulti dan institut untuk lebih memahami bidang fungsi masing-masing serta menjalin hubungan yang lebih akrab bersama staf UPM,” katanya.
 
Beliau meluahkan rasa teruja melihat kemeriahan kampus yang kembali ceria diserikan dengan kemasukan pelajar baharu yang baru mendaftar pada 30 September dan 1 Oktober yang lalu.
 
 
Selain itu, beliau berharap agar warga UPM dapat bekerjasama dalam meningkatkan UPM sebagai universiti terunggul di Malaysia dan persada antarabangsa.
 
“UPM sudah ada sejarah yang cemerlang dan tugas saya di sini untuk melaksanakan hasrat YBM KPT melihat fokus universiti yang berimpak tinggi serta memperkukuhkan bidang utama iaitu pertanian dan keselamatan makanan.
 
“Pada yang sama kita perlu juga meneroka kekuatan-kekuatan baharu universiti yang penting membantu negara, rakyat dan dunia ke arah kelestarian dan masa hadapan yang lebih baik,” katanya.
 
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikannya sebagai Naib Canselor yang baharu, berkuat kuasa 2 Oktober sehingga 17 September 2026.

Tarikh Input: 03/10/2023 | Kemaskini: 06/10/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEbUAA~