UPM Sertai CAECW 2019 Kukuh Hubungan Malaysia - China | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » UPM sertai CAECW 2019 kukuh hubungan Malaysia - China

UPM sertai CAECW 2019 kukuh hubungan Malaysia - China

GUIYANG, 22 Julai – Universiti Putra Malaysia (UPM) menandatangani empat surat hasrat (Letter of Intent) dengan empat institusi pendidikan China untuk membuka peluang kepada pelajar, ahli akademik dan penyelidik kedua-dua negara meneroka peningkatan pengetahuan dan berkongsi pengalaman secara dua hala di sini hari ini.

Empat institusi yang mendapat sokongan penuh dari Education Malaysia Beijing (EMB) itu ialah Guizhou Polytechnic of Construction, Guizhou Equipment Manufacturing Vocational College, Guizhou University dan Guizhou Light Industry Technical College.

LoI yang ditandatangani sempena ‘12th Edition China-ASEAN Education Cooperation Week 2019’ (CAECW) di Guiyang, China disaksikan oleh Pengarah Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Dr. Rahmah Ahmad H. Osman dan Pengarah dan Kaunselor Education Malaysia Beijing, Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Abdul Aziz How Abdullah.

 

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris berucap dalam majlis pembukaan mewakili Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang mengambil bahagian dalam CAECW.

Beliau berkata aspirasi dan objektif Malaysia ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam mobiliti pelajar, pertukaran staf, kerjasama penyelidikan dan penglibatan industri daripada sembilan universiti awam dan swasta Malaysia dengan universiti-universiti terkemuka China. -UPM

Tarikh Input: 24/07/2019 | Kemaskini: 24/07/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEQTAl~