UPM Serdang Angels Pertahan Kejuaraan Ragbi Super 8 IPT | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » UPM Serdang Angels pertahan Kejuaraan Ragbi Super 8 IPT

UPM Serdang Angels pertahan Kejuaraan Ragbi Super 8 IPT

Oleh: Muhammad Al Amin Mustafha

 

SERDANG23 Sept - Pasukan ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Angels mudah mempertahankan Kejohanan Ragbi Super 8 IPT apabila cemerlang membenam cabaran seteru utama UiTM Lions 30-12 pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Super 8 IPT di Stadium UPM, di sini.

 

Kejuaraan itu sekali gus mengekalkan dominiasi UPM Serdang Angels yang merangkul gelaran juara untuk kali kelima berturut-turut semenjak kejohanan itu diperkenalkan pada 2014.

 

Pasukan UPM yang dibarisi tujuh pemain kebangsaan tidak berdepan masalah untuk mencatat kejayaan edisi 2018 ini.

 

‘Try’ pertama UPM Serdang Angels hadir melalui pemain forward Mohd Nurazman Ramli seawal minit ke-4, disusuli ‘try’ kedua oleh Wan Izzudin Ismail pada minit ke-13.

 

Mata UPM Serdang Angels berikutnya hadir melalui conversion Mohd Faizal Tahir, dan ‘try’ oleh Mohamad Syarif Saiful Azwan Sudin serta Faat Hor Rozi Ismail.

 

Dua ‘try’ UiTM Lions pula dilakukan oleh Luqman Nurhakim dan satu coversion melalui Mohamad Fais.

 

UPM Serdang Angels membawa pulang hadiah kejuaraan RM5,000 dan Piala Pusingan.

 

Pemain UPM Serdang Angels Mohamad Khairil Abdillah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan akhir, Mohamad Syarif Saiful Azwan Sudin sebagai Pemain ‘Forward’ Terbaik perlawanan akhir, manakala Faat Hor Rozi Ismail sebagai Pemain ‘Backline’ Terbaik perlawanan akhir.

 

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran), Mohamad Azhan Md Amir.

Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2018 disertai lapan pasukan iaitu UPM Serdang Angels, UiTM Lions, Politeknik Malaysia, UM Blues, UniKL Ragbi, MASKOM Eagles, UTP Drillers dan IIUM Mustangs. Ia berlangsung dari 17 hingga 23 September di UPM. - UPM

Tarikh Input: 08/10/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdFA0~