UPM Kukuhkan Ranking 67 Terbaik Dunia Dalam Subjek Sains Pertanian | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » UPM kukuhkan ranking 67 terbaik dunia dalam subjek Sains Pertanian

UPM kukuhkan ranking 67 terbaik dunia dalam subjek Sains Pertanian

Oleh Norhazlina Zamaruddin dan Khairul Anuar





 

SERDANG, 10 Okt -  Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar kejayaan cemerlang apabila subjek Sains Pertanian meningkat pada ranking ke-67 terbaik dunia dalam Performance  Ranking of Scientific Papers for World Universities 2016 yang dikeluarkan oleh National Taiwan University (NTU) hari ini.

Ranking subjek itu juga meletakkan UPM berada pada tangga ke-229 terbaik dunia dalam bidang Pertanian secara keseluruhannya.

Kedudukan ranking subjek Sains Pertanian itu meningkat tiga anak tangga berbanding kedudukan ke-70 di dunia pada tahun 2015.

Subjek lain UPM yang meningkat kedudukan ialah subjek Kejuruteraan Kimia yang berada pada ranking ke-154 tahun ini berbanding 184 pada tahun lalu.

Naib Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata prestasi cemerlang UPM itu disokong oleh tiga kriteria utama iaitu Research Productivity (25%), Research Impact (35%) dan Research Excellence (40%) dan daripada tiga kriteria tersebut terdapat lapan indikator pengukuran.

"Penilaian ranking ini dilaksanakan dengan menggunakan maklumat daripada Essential Science Indicator (ESI). Lebih 4000 institusi penyelidikan disenaraikan dalam ESI.

“UPM komited menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang pertanian. Dengan pengukuhan ranking ini, ia berupaya menarik lebih ramai penyelidik dan pelajart siswazah daripada bidang pertanian sekluruh dunia untuk bekerja dan belajar di UPM,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 900 universiti terbaik disenarai pendek berdasarkan penerbitan artikel dan bilangan sitasi.

“Ranking ini bukan sahaja menyenarai pendek universiti yang cemerlang dalam ESI, tetapi juga mengambil kira universiti yang cemerlang dalam ranking –ranking lain seperti ARWU, THE, QS dan U.S News," katanya.

Prof Datin Paduka Dr. Aini berkata penilaian terakhir dibuat dengan menggunakan maklumat daripada ISI, ESI dan Web of Science Core Collection (WOS) iaitu termasuk SCI, SSCI serta Journal Citation Reports (JCR).

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 07/09/2018 | fahezah_nor

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdEAA~