Perjumpaan Naib Canselor Dengan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Perjumpaan Naib Canselor dengan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Perjumpaan Naib Canselor dengan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

PERBINCANGAN DENGAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Fungsi dan Perancangan Pusat Sains Marin UPM

 

9 Ogos 2017, Seremban

Perjumpaan YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan YB Datuk Seri Haji Mat Ali bin Hassan telah berlangsung di bilik Mesyuarat di Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek, Seremban. Antara perbincangan yang diadakan adalah mengenai pembangunan Pusat Sains Marins UPM yang terletak di Teluk Kemang.

 

Pusat Sains Marin (PSM) adalah salah satu pusat penyelidikan marin Malaysia yang diberkati dengan lokasi strategik di tepi pantai. PSM juga berkerja rapat dengan agensi kebangsaan dan antarabangsa demi pembangunan penyelidikan sains marin dan mendorong pencapaian penyelidik muda Malaysia ke mata dunia.

 

Turut hadir dalam perbincangan adalah Encik Khairy Maamor, Pegawai Deerah Port Dickson,YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Dato Wan Azman Wan Omar, Pendaftar, Dr. Mohd Rusli Bin Ya’cob Pengarah Urusan UPM Holdings, Encik Mohd Nazri Md Yasin Ketua Bahagian Pentadbiran Pejabat Naib Canselor dan Encik Mohammad Fakarrudeen Zulkifli, Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

 

-mymn2017-

Tarikh Input: 10/08/2017 | Kemaskini: 15/08/2017 | mnazrimy

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdUAs~