Penubuhan Majlis Profesor Universiti Chapter UPM | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Penubuhan Majlis Profesor Universiti Chapter UPM

Penubuhan Majlis Profesor Universiti Chapter UPM

Penubuhan Majlis Profesor Chapter UPM

Serdang 25 Julai 2017

 

Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan hormat exco Majlis Profesor Negara yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros. Kunjungan ini bukan sahaja bagi  merapatkan lagi hubugan jaringan antara MPM dengan Universiti tetapi juga melakar sejarah baharu UPM dengan penubuhan Majlis Profesor Universiti Chapter UPM.

 

Penubuhan Majlis Profesor Universiti Chapter UPM ini telah dibuat dengan rasminya melalui mesyuarat pertama yang diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra UPM. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM. MPU Chapter UPM adalah untuk melibat sama semua profesor di UPM dengan aktviti MPN, dan yang lebih utama untuk menggembeling idea, usaha dan tenaga membantu agenda pembangunan negara. Selain daripada itu, inisiatif ini juga adalah untuk menonjolkan dan menghebahkan sumbangan profesor kepada masyarakat umum.

 

Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros turut memberi taklimat mengenai aktiviti utama MPM Bersama masyarakat dan pembuatan dasar dan penyelidikan melibatkan Kerajaan.

Pada Majlis tersebut, Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsuddin telah dinamakan sebagai Pengerusi MPUPM yang pertama. Majlis telah dihadiri lebih daripada 70 Profesor UPM.

 

 

 

Tarikh Input: 01/08/2017 | Kemaskini: 01/08/2017 | mnazrimy

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdIAR~