IPPH Anjur Program Kesedaran Konsep Halal Kepada 50 Kanak-kanak | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » IPPH anjur program kesedaran konsep halal kepada 50 kanak-kanak

IPPH anjur program kesedaran konsep halal kepada 50 kanak-kanak

Oleh: Dr. Nurhidayatul Asma Mohamad 

SERDANG, 19 Dis- Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program PUTRA@Saintis Halal Cilik untuk kanak-kanak bagi menyampaikan pengetahuan asas konsep halal.

Program yang disertai oleh 50 kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun merangkumi pendedahan awal tentang isu halal dan konsep halalan toyyiban termasuk sertu, alkohol, DNA, mikroskop dan gelatin.

Pengarah IPPH, Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa berkata aktiviti dan demonstrasi eksperimen dijalankan secara berkumpulan oleh pegawai teknikal sains yang berpengalaman dalam gaya bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

“Inisiatif program itu memberi  pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang konsep halal dalam kehidupan seharian selain menyokong fungsi universiti berkongsi maklumat untuk golongan sasaran,” katanya.

Menurut Ketua Laboratori Perkhidmatan Halal, Prof. Madya Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, program PUTRA@Saintis Halal Cilik ialah aktiviti khidmat masyarakat bagi memberikan kesedaran halal menggunakan pendekatan sains.

“Ia juga adalah antara strategi institut untuk mempromosikan aktiviti latihan dan perkhidmatan pengujian sampel bagi tujuan penyelidikan dan juga industri,” katanya selaku pengarah program. - UPM

Tarikh Input: 04/02/2019 | Kemaskini: 04/02/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdCAU~