Hari Pendidik UPM 2018 Rai Sumbangan Pensyarah | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Hari Pendidik UPM 2018 rai sumbangan pensyarah

Hari Pendidik UPM 2018 rai sumbangan pensyarah

 

SERDANG, 6 Dis – Seramai 200 pensyarah dan pelajar telah menyertai Hari Pendidik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang meraikan sumbangan dan komitmen pegawai akademik UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional.

Program dua hari pada 5 dan 6 Disember 2018 tersebut sarat dengan aktiviti seperti sesi perkongsian oleh 11 pegawai akademik yang telah membentangkan topik berkaitan tema program iaitu “Humanising Education through Affective Teaching”.

Program telah menampilkan gabungan pegawai akademik berpengalaman seperti Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad dan Prof. Dr. Azali Mohamed serta pensyarah baharu seperti Dr. Mohd. Mursyid Arshad dan Dr. Salmah Jan Noor Muhammad.

Program ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dengan kerjasama CALC dan Persatuan Pegawai Akademik (PPA) di Dewan Serbaguna, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM.

Sementara itu 20 pameran Innovation Gallery Walk  terdiri daripada inovasi pengajaran dan pembelajaran (P & P) oleh penyelidik GIPP (Geran Insentif Penyelidikan untuk P & P) dan pemenang AFNC-KP (Anugerah Fellowship Naib Canselor-Kategori Pengajaran).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. M. Iqbal Saripan yang merasmikan program membuat pra-pelancaran dua kursus MOOC (Massive Open Onlice Course) yang akan diterbitkan oleh CADe iaitu Outcome Based Education (OBE) dan Imagineering Innocreative Educators.

Program turut dimeriahkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak “Mencapai Takah Murabi” oleh Dr. Marzni Mohamed Mokhtar diiringi aluan piano oleh Dr. Mas Nida Md. khambari dari Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Barisan Guru Bahasa CALC daripada kumpulan “The Voices of CALC” turut menonjolkan bakat melalui nyanyian dan koir. - UPM

Tarikh Input: 08/04/2019 | Kemaskini: 08/04/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdNAu~