ASAIHL BAKAL PERKENAL PROGRAM KOLABORASI ANTARABANGSA “ASAIHL MUNDUS” | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » ASAIHL BAKAL PERKENAL PROGRAM KOLABORASI ANTARABANGSA “ASAIHL MUNDUS”

ASAIHL BAKAL PERKENAL PROGRAM KOLABORASI ANTARABANGSA “ASAIHL MUNDUS”

The Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning atau lebih dikenali sebagai ASAIHL telah mengadakan mesyuarat dwi tahunan Lembaga Pemegang amanah dan Persidangan Antarabangsa 2018 pada 13-15 Disember 2018. Neresuan University telah dipilih dan diberi penghormatan sebagai tuan rumah persidangan yang diadakan di kampus universiti itu di Phitsanulok, Thailand.tema yang dipilih pada kali ini ialah ‘Better Life Expectancy through Education, Research, and Innovation’

 

Delegasi Universiti Putra Malaysia diketuai oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Aini Ideris, Naib Canselor, juga merupakan ahli Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL yang dilantik mulai 2017. Sebelum ini Naib Canselor UPM telah dipilih menerajui ASAIHL bagi tempoh dua (2) tahun mulai 2015-2016. Turut hadir adalah Prof. Dato’ Dr.-Ing Renuganth Varatharajoo, dan Encik Mohd Nazri bin Md Yasin, Ketua Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor UPM.

 

M Mousakhani, President of Gazvin Islamic Azad University, Dr Abbas Ghanbari, Education Counsellor Iran Embassy, Prof Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris President/VC of Universiti Putra Malaysia, , Dr. Sophon Napathorn, Hon. Vice Minister of Education Thailand, Prof Dr. Sukhgij Ysothonsreekul, VP Naresuan University & Dr Ninnat Olanvoravuth, ASAIHL Sect General

 

Persidangan dirasmikan oleh Dr. Sophon Napathorn, M.D., Vice Minister of Education, Thailand. Turut hadir Bersama adalah Honorary Prof. Dr. Kanchana Ngourungsi, President of Naresuan University, Professor Suchatvee Suwansawat, ScD Chairman of ASAIHL, Thailand and President of King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang, dan Assoc. Prof. Dr. Ninnat Olanvoravuth, Secretary General of ASAIHL.

 

Dr. Jean Mac RODA, CIRAD dan delegasi UPM

 

Pada persidangan tersebut turut menyaksikan pembentangan Dr Jean Marc RODA daripada CIRAD mengenai SALSA Sustainable Agricultural Landscapes in South East Asia (SALSA) iaitu inisiatif UPM, Centre for International Cooperation in Agronomic Research for Development (CIRAD), University of Montpellier, Perancis, dan ASAIHL. Prof. Dato’ Dr.-Ing. Ir. Renuganth membentangkan  laporan Malaysia berteraskan kepada tema persidangan, dengan memfokus kepada persediaan universiti Malaysia bagi mendepani cabaran revolusi industri 4.0.

 

 

Pada persidangan kali ini buat pertama kalinya dibentangkan konsep program ASAIHL Mundus, yang dibentangkan oleh wakil Universiti Montpellier, Prof. Dr. Roger Frutos. Program ini mengambil semangat kerjasama Eropah dan Asia bagi membina kesepakatan Pendidikan untuk kepentingan generasi masa depan. UPM turut terlibat bagi mengenal pasti pelaksanaan dan pembangunan program ASAIHL Mundus dalam kalangan university yang terpilih bagi menerajui pembangunan awal program ini. Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Aini Ideris, positif terhadap perkembangan terbaru ini dan percaya keterlibatan UPM berupaya merealisasikan pembangunan program ASAIHL Mundus, dan meletakkan Malaysia dalam menerajui kesepakatan universiti asia- eropah dengan lebih kukuh. Graduan yang bakal dihasilkan melalui program ini bakal mempunyai pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat antarabangsa, mengoptimumkan kepakaran universiti Asia dan Eropah dalam bidang yang dikenal pasti.

 

 

Bersama pelajar Naresuan University yang mempamerkan persembahan tradisional semasa Majlis Gala Makan Malam ASAIHL.

Tarikh Input: 05/02/2018 | Kemaskini: 05/02/2018 | mnazrimy

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdOA3~