3,500 Peserta Meriahkan Karnival Sukan UPM 2019 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » 3,500 peserta meriahkan Karnival Sukan UPM 2019

3,500 peserta meriahkan Karnival Sukan UPM 2019

 

 

Oleh: Amin Mustafha

 

SERDANG, 24 Mac: Kira-kira 3,500 peserta, termasuk dari India dan Indonesia  menyertai Karnival Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) 2019 yang berlangsung selama dua hari di sini.

Karnival sukan itu yang dianjurkan Pusat Sukan UPM mempertandingkan tujuh acara iaitu Bola Sepak Bawah 8, 10 dan 12 tahun, Dodgeball Terbuka, Dart Amatur Double & Single, Sepak Takraw Terbuka & Bakat Baru, Ping Pong Novis, E-Sports (FIFA) dan Petanque.

Pasukan Akademi Bola Sepak dari India menyertai ketiga-tiga kategori acara bola sepak, manakala pasukan dari Indonesia menyertai sepak takraw.

Karnival sukan itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Dr. Roslan Sulaiman. Ia adalah kelima diadakan bermula 2015.

Penglibatan ramai atlet termasuk dari luar negara merupakan kejayaan yang membanggakan penganjur, dan bilangan penyertaan pasukan dalam acara-acara yang dipertandingkan mencapai sasaran yang ditetapkan. 

Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub berkata UPM sentiasa bersedia menganjurkan pelbagai acara sukan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa bagi memberi peluang kepada masyarakat menikmati dan menyertai kejohanan sukan yang kompetitif di salah sebuah universiti terbaik di Malaysia.

Katanya, penganjuran sukan juga dapat membuka minda masyarakat mengenai manfaat bersukan, manakala penglibatan anggota masyarakat akan menimbulkan semangat kesukanan seterusnya boleh memartabatkan lagi sukan di negara ini.

“Penyertaan yang memberangsangkan ini juga kerana UPM dilihat sebagai organisasi yang mampu menyediakan kemudahan sukan yang lengkap, selamat serta kondusif bagi setiap penganjuran sukan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa,” katanya.

Turut diadakan ialah Klinik Memanah dan “roadshow” mengenai sukan E-Sports oleh syarikat Yesports Asia. Klinik Memanah ini berjaya menarik minat orang ramai terutamanya pelajar UPM yang mahu mengetahui teknik memanah.

Program “roadshow” itu turut membuka lembaran baharu dalam sukan digital di UPM melalui kolaborasi dengan syarikat Yesport Asia yang berpangkalan di Hong Kong. Pusat Sukan UPM mahu memperkemas dalam  merancang penganjuran program sukan digital berskala besar pada masa akan datang. - UPM

 

Keputusan perlawanan:

1. Acara Bola Sepak 9-Sebelah

(a) Bawah 8 Tahun

Johan: Young Gun
Naib Johan: Langat United
Tempat Ketiga Bersama: Lestari Junior C & Soccer Ace B

(b) Bawah 10 Tahun

Johan: Gen Pro
Naib Johan: Serdang Kickers A
Tempat Ketiga Bersama = KBJB B & Young Gun

(c) Bawah 12 Tahun

Johan: Serdang Kickers A
Naib Johan: Soccer Ace A
Tempat Ketiga Bersama: PJ Rangers FC & SKPU 2 FC

2. Acara E-Sport Fifa


(a) Tertutup UPM

Johan: Hakimi (Kolej Ketujuhbelas)
Naib Johan: Daniel Dean (Kolej Ketujuhbelas)
Tempat Ketiga: Irfan

(b) Terbuka

Johan: Rasydan (Games my)
Naib Johan: Ayeen (GSL)
Ketiga: Hakim
Keempat: Afiq JL

3. Dodgeball

Johan: Saint B
Naib Johan: Saint A
Tempat ketiga: Carol Denphirs

4. Acara Dart Amatur

(a) Double

Johan: Muadzam Dart Club ‘B’
Naib Johan: Johor Darul Ta’zim Camry
Tempat Ketiga Bersama: Dart Vader (Puchong) & Papa Jahat (Johor)

 

(b) Single

Johan: Sham (IPD Cheras)
Naib Johan: Hashim Misai 57
Ketiga Bersama: Roslan Mohd Yasin & UJANG

 

5. Ping Pong Novis

Johan: Putera Perdana

 

6. Petanque Double Terbuka

Johan: Inderapura (Putrajaya)
Naib Johan: Imigresen 2
Ketiga: Raptors 2 (UPM)

 

7. Sepak Takraw

(a) Bakat Baru

Johan: PKNS
Naib Johan: RM 19
Ketiga: Sri Sepakat B

(b) Terbuka

Johan: MARA
Naib Johan: UPM D
Ketiga Bersama: COKRA B & COKRA C

Tarikh Input: 08/04/2019 | Kemaskini: 08/04/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdXAV~