UPM Bags Five Gold, Four Silver, Four Bronze At IUCEL 2019 | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» NEWS » UPM bags five gold, four silver, four bronze at IUCEL 2019

UPM bags five gold, four silver, four bronze at IUCEL 2019

SERDANG, 22 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi lima pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL), International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2019, di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef,  memenangi satu emas, satu perak dan satu gangsa. Pingat emas dimenangi melalui projek Junior Data Scientist e-Portfolio Development through Challenge Based Learning Approach in Data Mining Course; pingat perak melalui projek Revolutionizing Learning Environment with Artificial Intelligence; manakala gangsa melalui projek Education Analytics in UPM Smart Campus.

Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff pula memenangi satu emas dan satu perak. Pingat emas dimenangi melalui projek Penglibatan Aktif Pelajar & Penambahbaikan Kualiti Pengajaran Dalam Bilik Kuliah Menerusi Teknologi QR Code dan Aktiviti Gamifikasi Berasaskan Kuiz ‘Online’& ‘Offline’ bersama Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof. Madya Dr. Adlina Abd Halim, Dr. Arfah, Ab. Majid, Dr. Normala Othman, Nashrina Samir dan guru Sekolah Menengah Cyberjaya, Noralina Ali.

Manakala perak dimenanginya melalui projek Pembangunan ‘Boards Games Explorer’ PUTRA GLOBAL-T4-IMIC-GAME (PT4) Menggunakan Augmented Reality dan Gamifikasi Untuk Kursus Wajib Universiti.

 Pensyarah Kanan di Fakulti Pertanian, Dr. Chong Chou Min pula memenangi pingat emas melalui projek GamUDLearn: Integrating Universal Design for Learning (UDL) and Gamification in Blended Learning bersama Dr. Zarirah Mohamed Zulperi (Fakulti Pertanian), Dr. Hasliza Abu Hassim (Fakulti Perubatan Veterinar), Dr. Puan Chong Leong (Fakulti Perhutanan), Dr. Mohd Redzwan Sabran (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Dr. Lai Kok Song (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir (Fakulti Sains), Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad (Fakulti Pengajian Pendidikan), Prof. Dr. Muta Harah Zakaria (Pusat Pembangunan Akademik) dan Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef (Pusat Pembangunan Akademik).

Pensyarah Kanan UPM Kampus Bintulu Dr. Nurdiyana Ahmad Denil juga memenangi pingat emas melalui projek Innovative Pedagogy by using Knowledge Clips to Enhance Student Learning Experience bersama Johan Ismail (UPMalaysia Kampus Bintulu), Dr. Rozihan Mohamed (Fakulti Pertanian), Dr. Sheena Bidin (Fakulti Perhutanan), Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff (Fakulti Ekologi Manusia), Dr. Yusmadi Yah Jusoh (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), Nur Eliza Abdul Rahman (Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa) dan Audrey Grace anak Intai pelajar UPM Kampus Bintulu.

Pensyarah Kanan UPM Kampus Bintulu, Johan Ismail turut memenangi pingat emas melalui projek Design and Development of Prototype Mobile Application Integrated with Augmented Reality to Enhance Student Learning Experience. Pingat emas itu dimenangi bersama Dr. Nurdiyana bt Ahmad Denil dan Dr. Shiamala Devi Ramaiya (UPM Kampus Bintulu), Dr. Rozihan Mohamed (Fakulti Pertanian), Dr. Sheena Bidin (Fakulti Perhutanan), Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff (Fakulti Ekologi Manusia), serta Dr. Yusmadi Yah Jusoh (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat). 

Dua lagi pingat perak dimenangi oleh Pensyarah Kanan UPM Kampus Bintulu, LAr. Owen Yeo Thian Seng  (projek Gamification Approach in Teaching Precision Agriculture) dan Pensyarah Kanan UPM Kampus Bintulu, Dr. Shiamala Devi Ramaiya (projek Immersive Learning through Role Playing in Biology Education for Promoting Sustainability).

Manakala tiga lagi pingat gangsa dimenangi Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Nur Izah Ab Razak (projek A New Approach using Augmented Reality Visualization to Improve Teaching & Learning of the Anatomy & Physiology of Cardiac Cycle), Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Dr. Puteri Suhaiza Sulaiman (projek A Cross-device and Cross-platform Virtual Reality Learning (ViReL) Space to Promote Immersive Learning Experiences) dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Khadijah Mohd Nor (projek BodyTravelApp: An interactive Ear Anatomy Virtual Reality(VR) Mobile Application For Medical Students).

Turut menyertai IUCEL 2019 adalah Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian, Dr. Rozihan Mohamed (projek iARPA: An Interactive Augmented Reality Book for Teaching and Learning of Principles of Aquaculture Course) dan pelajar Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Muhammad Shuhaily Mohd Jasmany (projek AR - My Endangered Species).

IUCEL 2019 dianjurkan UNIMAS dengan kerjasama Pusat E-pembelajaran Negara (MyCeL) dan Majlis Ketua-ketua Penyelaras E-pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA). - UPM

Date of Input: 10/09/2019 | Updated: 10/09/2019 | ahmadazlan

MEDIA SHARING

OFFICE OF VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
C1571785796