MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI KARIM BAHARI | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI KARIM BAHARI

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI KARIM BAHARI

Majlis Persaraan Tuan Haji Karim Bahari

Serdang, 3 Julai 2023 – Pejabat Naib Canselor telah mengadakan Majlis Persaraan Tuan Haji Karim Bahari di L’apprenti UPM. Beliau telah berkhidmat di UPM selama 38 tahun sejak tahun 1985 hingga 2023. Beliau berpesan agar staf sentiasa mencari cara untuk sentiasa seronok dalam bekerja supaya dapat kekal sihat mental dan fizikal serta bermotivasi sehingga bersara.

 

Pada majlis tersebut, Hj. Karim menerima cenderahati yang di sampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman sebagai tanda kenang-kenangan daripada Kelab Kebajikan dan Sosial, Pejabat Naib Canselor.

Turut hadir pada majlis tersebut, isteri beliau, Naib Canselor serta staf Pejabat Naib Canselor.

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,

Hendak membeli tikarlah rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan.

 

-Hazrina -

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 18/10/2023 | Updated: 18/10/2023 | nor_azlin

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXENNAq~