BPPNC Terpilih Pada Saringan Akhir Penilaian EKSA 2019 | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » BPPNC terpilih pada saringan akhir penilaian EKSA 2019

BPPNC terpilih pada saringan akhir penilaian EKSA 2019

Oleh: Mohd Nazri Md. Yasin

SERDANG, 22 Oktober - Tahun 2019 merekodkan sejarah buat Pejabat Naib Canselor kerana julung kali tersenarai dalam peringkat akhir bagi penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). BPPNC telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada EKSA. Pengalaman pencapaian tempat ketiga bagi amalan 5S dalam Anugerah amalan 5S Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan pada tahun 2018 telah menjadi motivasi pembakar semangat kepada warga BPPNC untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

Bagi peringkat akhir 3 Auditor yang dilantik oleh pihak Pusat Jaminan Kualiti telah hadir bagi menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Inisiatif EKSA ini diterajui oleh Penyelaras EKSA, Encik Abdul Rahman Sharudin. Pejabat BPPNC dibahagikan kepada 4 zon utama iaitu Zon ruang pejabat yang diterajui oleh Encik Ahmad Azlan Ahmad Saad, Zon Hijau yang diketuai oleh Cik Hafsah Johan , Zon Rekod yang diketuai oleh Puan Sarina Md Suri dan Zon Fasiliti.yang diketuai oleh Encik Muhammad Azfar Ismail. Antara penambahbaikan yang telah diterapkan semasa pelaksanaan EKSA pada julung kalinya ini adalah sistem aplikasi mobile SMAT dan SDR. Di samping itu, BPPNC turut menyediakan ruang Read@Uni yang dinamakan Baca@PNC, Go Green dan Rooftop Urban Agriculture.

Walau apapun keputusan pihak juri, tahniah diucapkan kepada warga BPPNC kerana telah berjaya melaksanakan penambbahbaikan berterusan dan terpilih bagi peringkat akhir EKSA tahun 2019.

 

  

Taklimat daripada Ketua Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor selaku pengerusi EKSA, BPPNC

 

  

Sesi penilaian di ruangan pantri, BBPNC

 

  

Sesi penilaian di sudut EKSA

 

  

Sesi penilaian di sudut Go Green

 

   

Ruang Baca@PNC

 

   

Urban Rooftop Garden

 

   

Bilik Rekod

Akhir sesi penilaian

 

 

 

 

Date of Input: 25/10/2019 | Updated: 25/10/2019 | ahmadazlan

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXERHAB~