ESTABLISHMENT OF THE AGRICULTURE UNIVERSITY OF MALAYSIA | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» ABOUT US » HISTORY » ESTABLISHMENT OF THE AGRICULTURE UNIVERSITY OF MALAYSIA

ESTABLISHMENT OF THE AGRICULTURE UNIVERSITY OF MALAYSIA

Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

04 Oktober 1971 – Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah ditubuhkan pada tahun 1971. Penubuhan tersebut adalah berasaskan penggabungan Kolej Pertanian Malaya dan Fakulti Pertanian Malaya yang ketika itu di bawah kelolaan Universiti Malaya.

Tujuan penubuhannya adalah untuk memaju dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam lapangan Pertanian, Perhutanan, Teknologi, Sains Kemasyarakatan, Bidang Kemanusiaan dan Pendidikan serta mengadakan penyelidikan untuk penyebaran pengetahuan. Kampus Universiti Pertanian Malaysia terletak di Serdang berhampiran dengan lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dengan keluasan 3,000 ekar.

Universiti ini mempunyai 8 Fakulti seperti Fakulti Pertanian, Kejuruteraan Pertanian, Pengajian Pendidikan, Perhutanan, Perikanan dan Sains Samudera, Ekonomi Sumber dan Perniagaan Tani, Sains dan Pengajian Alam Sekitar serta Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan beserta sebuah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen yang telah berlangsung pada 30 Julai 1977.

Berikutan dengan perkembangannya pada 3 April 1997, Universiti Pertanian telah diberi nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohammad.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Updated:: 08/06/2022 [nazryhisham]

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEUMAd~