Selamat Menyambut Aidilfitri 2019/1440H Dan Selamat Bercuti | PEJABAT NAIB CANSELOR
» ARTIKEL » Selamat Menyambut Aidilfitri 2019/1440H dan Selamat Bercuti

Selamat Menyambut Aidilfitri 2019/1440H dan Selamat Bercuti

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

YBhg. Tan Sri/ Datin Paduka/ Dato’/Datuk/Prof/Tuan/Puan/Pelajar dan semua Warga UPM.

Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan bakal meninggalkan kita. Ramadhan penghulu segala bulan, bulan Al-Quran, semoga ianya tidak berlalu sia-sia, tetapi telah memberi kesan dalam mendidik jiwa dan menyuburkan iman kita. Sama-samalah kita berdoa semoga Ramadhan yang bakal berakhir ini, telah dapat kita manfaatkan dengan lebih sempurna berbanding tahun-tahun sebelumnya, Inn Syaa Allah.

Dengan kedatangan Syawal ini, semoga kita semua dapat terus mensucikan diri dengan saling bermaafan antara keluarga, sahabat dan orang-orang sekeliling kita. Marilah kita saling berlumba-lumba untuk saling memaafkan agar hubungan kita menjadi semakin erat dan penuh bermakna. Buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Jauhkan diri dari memikirkan perkara yang tidak baik di antara satu sama lain. Diharapkan semua warga UPM dapat terus berusaha mengukuhkan silaturrahim sesama kita, berdoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan semua, serta bersama-sama meningkatkan kecemerlangan UPM yang kita sayangi ini. Hayatilah semangat IHSAN sepenuhnya.

 

Kepada mereka yang mengguna jalan raya untuk balik ke kampung dan berjalan beraya, pandulah dengan cermat dan bertanggungjawab. Adalah lebih baik kita sampai ke destinasi yang di tuju lambat sedikit daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

Akhir kata, saya dengan rasa rendah hati bagi pihak diri dan seisi keluarga saya ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang mungkin berlaku tanpa disengajakan. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019/1440H.

Bergembiralah bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan rakan taulan.

 

“BERILMU BERBAKTI”

 

 

PROF. DATIN PADUKA DATO’ DR. AINI IDERIS, FASc.
Naib Canselor UPM

 

 
 
​

Tarikh Input: 31/05/2019 | Kemaskini: 25/06/2019 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdUAQ~