Penyediaan Nota Jemaah Menteri (NJM) dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi Badan Berkanun Persekutuan termasuk semua Universiti Awam (UA) merupakan tugasan wajib setiap tahun mengikut tempoh masa yang ditetapkankan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan PA 3.2 iaitu Garis Panduan untuk Penyediaan dan Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan. Garis Panduan tersebut telah menetapkan supaya Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang telah diaudit dibentangkan di Parlimen dalam tempoh satu tahun selepas berakhirnya tahun kewangan.