TERMA RUJUKAN AHLI JAWATANKUASA | PEJABAT NAIB CANSELOR
» PERKHIDMATAN » PELANTIKAN JAWATAN PENTADBIRAN UNIVERSITI » TERMA RUJUKAN AHLI JAWATANKUASA

TERMA RUJUKAN AHLI JAWATANKUASA

termarujukanpnc


Jawatankuasa Carian Calon Dekan / Timbalan Dekan Fakulti / Sekolah dan Jawatankuasa Carian Calon Pengarah / Timbalan Pengarah Institut / Akademi hendaklah dilantik oleh Naib Canselor.  Urus Setia Jawatankuasa Carian Calon Dekan / Timbalan Dekan Fakulti / Sekolah dan Jawatankuasa Carian Calon Pengarah / Timbalan Pengarah Institut / Akademi ialah Pejabat Naib Canselor.

Jawatankuasa Carian Calon Dekan / Timbalan Dekan Fakulti / Sekolah Carian Calon Pengarah / Timbalan Pengarah Institut / Akademi akan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor di bawah pusat tanggungjawab:-

       (i)  Akademik dan Antarabangsa;

       (ii) Penyelidikan dan Inovasi;

       (iii)Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; dan

       (iv)Jaringan Industri dan Masyarakat


Kuorum Jawatankuasa Carian ini hendaklah tidak kurang daripada lima orang termasuk Pengerusi.

Jawatankuasa Carian ini bertanggungjawab mengenal pasti dan membuat senarai tapis calon Dekan / Timbalan Dekan Fakulti / Sekolah dan Pengarah / Timbalan Pengarah Institut/Akademi bagi proses perundingan dengan mendapatkan pandangan Guru di Fakulti/ Institut / Akademi / Sekolah berkenaan mengikut kaedah yang sesuai.  Setelah perundingan dibuat, Jawatankuasa Carian bertanggungjawab untuk mengemukakan pencalonan untuk pertimbangan Naib Canselor dalam tempoh dua minggu.

Mana-mana ahli Jawatankuasa Carian yang dicalonkan untuk jawatan berkenaan hendaklah mengecualikan dirinya daripada mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Carian di mana dia menjadi ahli ketika perkara itu dibincangkan.

Naib Canselor hendaklah menimbangkan perakuan Jawatankuasa Carian ini sebelum membuat pelantikan Dekan / Timbalan Dekan Fakulti/  Sekolah dan Pengarah / Timbalan Pengarah Institut / Akademi tetapi tidak terikat dengan perakuan berkenaan. 


Kemaskini:: 17/10/2016

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566190756