Naib Canselor UPM Menghadiri Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Naib Canselor UPM menghadiri Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023

Naib Canselor UPM menghadiri Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023

PETALING JAYA, 4 Jun - Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, menghadiri Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023 di Universiti Malaya hari ini.
Program Jom Masuk U 2023 (JMU2023) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mendekati anak-anak muda serta lepasan SPM supaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi. JMU2023 telah bermula pada 20 Mei 2023 di enam zon seluruh negara dan berakhir pada 5 Jun 2023 .
 
Dalam majlis ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan ucapan penutup JMU2023 yang dihadiri oleh pengurusan Tertinggi KPT serta agensi KPT.
 
Selain itu, Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan meluangkan masa bersama staf UPM yang bertugas direruai UPM serta turut memberi penerangan berkaitan program-program pengajian yang ditawarkan oleh UPM.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.
 

Tarikh Input: 08/06/2023 | Kemaskini: 08/06/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEeVAu~