Ya, anda perlu mengisi permohonan secara atas talian ke dalam Sistem Permohonan Ke Luar Negara (SPLN) melalui laman web www.spln.upm.edu.my bagi staf berstatus tetap dan kontrak manakala staf berstatus sambilan perlu mengemukakan permohonan melalui Borang Permohonan Ke Luar Negara (SOK/KEW/BR035/BYR) sebelum anda ke luar Negara sama ada untuk urusan rasmi atau pun tidak rasmi bagi tujuan proses kelulusan Naib Canselor. Bagi perjalanan secara berkumpulan, setiap ahli kumpulan juga perlu mengemukakan permohonan masing-masing
Tidak perlu. Hanya mereka yang dikategorikan sebagai staf oleh UPM sahaja yang perlu mengisi borang tersebut sekiranya ingin membuat perjalanan ke luar negara. Walaubagaimanapun, urusan yang melibatkan pelajar perlulah dimajukan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM untuk tindakan selanjutnya.
Pemohon perlu mengemukakan permohonan ke luar negara selewat-lewatnya 7 hari bekerja (bagi TIDAK RASMI) dan 4 minggu (bagi RASMI) daripada tarikh perjalanan dibuat. Sebarang kelewatan permohonan perlu mengemukakan justifikasi kelewatan permohonan seperti yang diminta di dalam sistem SPLN (spln.upm.edu.my). Permohonan yang dikemukakan tidak perlu dicetak dan dihantar ke Pejabat Naib Canselor untuk mendapatkan kelulusan. Walaubagaimanapun, pemohon mungkin perlu mencetak permohonan tersebut selepas mendapat kelulusan Naib Canselor/ Ketua Setiausaha (KSU) sekiranya diperlukan bagi urusan perlindungan insurans, tuntutan perjalanan, elaun baju panas atau apa-apa keperluan yang berkaitan.
Kemudahan perlindungan insurans kesihatan bagi perjalanan bukan rasmi boleh dibuat selepas mendapatkan kelulusan oleh Naib Canselor melalui bahagian pentadbiran PTJ masing-masing. Walaubagaimanapun, kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut;
Bagi permohonan ke luar negara atas urusan rasmi, pemohon perlu memuat naik surat/dokumen (dalam format PDF) yang lengkap berkaitan dengan perjalanan yang akan dibuat. Antaranya ialah;
Tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan Naib Canselor adalah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghantaran permohonan yang lengkap oleh pemohon. Ini akan merangkumi tempoh masa yang telah ditetapkan kepada urusetia SPLN untuk semakan, zon kewangan untuk pengesahan peruntukan (jika berkaitan), Ketua PTJ untuk sokongan permohonan sebelum ke peringkat kelulusan Naib Canselor.
Bagi perjalanan rasmi yang menggunakan peruntukan dalam UPM, boleh membuat tuntutan perbelanjaan di zon kewangan PTJ masing-masing dalam tempoh 3 bulan selepas perjalanan dan setelah permohonan yang dikemukakan mendapat kelulusan daripada Naib Canselor.
Perjalanan yang telah dibuat sebelum mengemukakan permohonan ATAU sebelum mendapatkan kelulusan Naib Canselor adalah dibawah tanggungjawab pemohon. Pemohon perlu menanggung risiko di atas perjalanan yang telah dibuat. Pihak UPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku kepada pemohon sewaktu berada di luar negara. Pemohon yang ingkar boleh disifatkan telah melanggar arahan Universiti dan segala tuntutan tidak akan dibayar oleh pihak Bursar.
Pemohon wajib menghantar laporan perjalanan sekiranya perjalanan tersebut merupakan perjalanan tugas rasmi serta menggunakan peruntukan Perjalanan ke Luar Negara Universiti (13064DO). Laporan berkenaan perlu dihantar ke Bahagian Pentadbiran Pejabat Naib Canselor dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang ke tanah air. Manakala, bagi pemohon yang menggunakan peruntukan rasmi Universiti selain dari peruntukan Perjalanan ke Luar Negara Universiti (13064DO), sila rujuk kepada pihak/jawatankuasa yang memberi kelulusan peruntukan berkenaan tentang keperluan dalam mengemukakan laporan.
Unit Integriti Pejabat Naib Canselor Aras 4 , Bangunan Canselori Putra Universiti Putra Malaysia
Jenis aduan yang boleh diadukan adalah berkaitan dengan salah laku rasuah/ jenayah serta penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pegawai/ staf/ kakitangan/ pekerja. Unit Integriti juga menerima aduan yang berkaitan dengan perlanggaran tatakelakuan dan etika dalam organisasi oleh pegawai/ staf/ kakitangan/ pekerja. Semua aduan akan diambil tindakan setelah saringan dibuat dan maklumat pengadu akan dirahsiakan. * Aduan berkaitan dengan masalah dalaman seperti pergaduhan dan masalah hubungan dengan penyelia tidak termasuk dalam skop Unit Integriti.
Aduan berhubung integriti boleh disalurkan dengan cara seperti berikut :
Semua staf Universiti Putra Malaysia (pegawai/ kakitangan/ pekerja) hendaklah membaca dan mematuhi Etika Kerja Universiti Putra Malaysia selaras dengan undang-undang sedia ada.
Kemaskini:: 04/11/2019 [zhafran]
Pejabat Naib Canselor,
Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Emel Naib Canselor: vc@upm.edu.my