Mesyuarat Rektor AUN Ke-14 Dan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah AUN Ke-38 | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Mesyuarat Rektor AUN ke-14 dan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah AUN ke-38

Mesyuarat Rektor AUN ke-14 dan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah AUN ke-38

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah menghadiri The 14th AUN Rectors’ Meeting and The 38th AUN Board of Trustees Meeting di JW Marriot Hotel, di sini bermula semalam hingga hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Presiden, Rektor, Canselor dan Naib Canselor Universiti ahli AUN adalah sebagai platform untuk mendapatkan maklumat serta bertukar pandangan mengenai pendidikan tinggi di ASEAN sejajar dengan Matlamat 5 Pelan Strategik UPM 2021-2025, Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau.
 
Hadir sama pada mesyuarat ini, Pengarah Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) UPM, Prof. Dr. Suhaimi Ab Rahman.
 

Tarikh Input: 12/07/2023 | Kemaskini: 12/07/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEeUA3~