Program Breakfast Dulu B4 Exam | PEJABAT NAIB CANSELOR
» ARTIKEL » Program Breakfast Dulu B4 Exam

Program Breakfast Dulu B4 Exam

 
Program Breakfast Dulu B4 Exam
 
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyantuni pelajar UPM yang sedang menduduki peperiksaan akhir semester 2 2022/2023 dengan memberikan sarapan percuma kepada mereka sebelum masuk ke dewan peperiksaan di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
 
 
Program Breakfast Dulu B4 Exam ini menyediakan 3000 pek sarapan pagi yang merupakan anjuran Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, Pusat Alumni UPM bersama dan Majlis Perwakilan Pelajar.
 
Pemberian sarapan pagi ini akan diberikan bermula pukul 8 pagi di dewan peperiksaan utama mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu di Dewan Besar hari ini, Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP), Kompleks Akademik A (KAA), dan Dewan Kuliah Kabin akan diberikan pada 11 Julai, diikuti 12 Julai di Fakulti Pertanian dan Fakulti Kejuruteraan dan akhir sekali pada 13 Julai di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV).
 
Usaha ini adalah selaras dengan Pelan Strategi UPM untuk melahirkan graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang dan menunjukkan keprihatinan UPM kepada mahasiswa.
 
 

Tarikh Input: 12/07/2023 | Kemaskini: 12/07/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEcGAZ~