Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera Warga UPM yang saya kasihi dan hormati,
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga UPM kerana kita semua berjaya melakarkan sejarah apabila buat pertama kalinya UPM berjaya menduduki ranking ke-123 universiti terbaik dunia dengan lonjakan 20 anak tangga dalam QS World university Rankings 2023 sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia empat tahun berturut-turut. Ini adalah pencapaian terbaik UPM dalam sejarah penarafan antarabangsa.
Merujuk kepada pencapaian UPM dalam QS World University Rankings 2023 ini, empat (4) indikator penilaian menunjukkan peningkatan ranking iaitu Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Nisbah Staf Akademik dengan Pelajar dan Peratus Pelajar Antarabangsa dengan indikator pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM apabila menduduki tempat ke-99 di dunia.
Sesungguhnya ini adalah kejayaan kita bersama dan saya berharap agar komitmen warga UPM atas kejayaan ini dapat terus dikekalkan dan menjadi pencetus kepada semua warga UPM dalam meneruskan usaha meningkatkan kualiti sistem pengajian tinggi tempatan dan terus memperkasakan UPM melalui semangat seruan Al-Falah dari Menara Ilmu dan sekali gus memastikan hasrat UPM ke arah 100 universiti terbaik menjelang 2025 tercapai.
Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah, Wassalaa mualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.
Date of Input: 14/07/2022 | Updated: 14/07/2022 | nazryhisham
Office of The Vice Chancellor,
4th Floor, Canselori Putra,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
The Vice Chancellor's E-mail: vc@upm.edu.my