FUNGSI UNIT INTEGRITI | PEJABAT NAIB CANSELOR
» UNIT INTEGRITI » TENTANG KAMI » FUNGSI UNIT INTEGRITI

FUNGSI UNIT INTEGRITI

fungsiunitintegriti


FUNGSI UNIT INTEGRITI

Unit Integriti berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Unit ini adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :

 

a)  Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;

 

b)  Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

 

c)  Pengesanan dan Pengesahan
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran  tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan

 

ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

 

d) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

 

e) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan

 

f) Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

 

 


Kemaskini:: 02/10/2016

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566189688