PERANAN WARGA UPM | PEJABAT NAIB CANSELOR
» UNIT INTEGRITI » TAKRIF ETIKA KERJA » PERANAN WARGA UPM

PERANAN WARGA UPM

perananpemimpin


Peranan dan Tanggungjawab Staf

Sebagai Pemimpin
Sebagai pemimpin, staf hendaklah mempamerkan ciri berikut:

  1. Membentuk dan membimbing ahli bawahannya ke arah kejayaan mencapai wawasan, misi dan matlamat universiti
  2. Menyatukan kumpulan dengan bertindak sebagai pakar rujuk, orang tengah, penasihat, kawan, pendengar yang sabar, dan sebagainya
  3. Mewujudkan suasana selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin menghasilkan perkhidmatan yang sebaik dan secemerlang mungkin
  4. Merancang, menyelia dan menilai prestasi tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi. Mengurus sumber (manusia, kewangan dan peralatan) secara cekap dan berkesan
  5. Berkeupayaan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berkesan dalam apa-apa juga isu yang ditangani
  6. Memudahkan perhubungan dalam kelangan anggota organisasi dengan mengambil kira kaedah saluran maklumat yang sesuai dan berkesan

Sebagai Pekerja
Sebagai pekerja, staf hendaklah mempamerkan ciri berikut:

  1. Menumpukan penghasilan kerja selaras dengan wawasan, misi dan matlamat university
  2. Menyedari tuntutan, amanah, tugas dan tanggungjawab dalam organisasi
  3. Sentiasa berusaha mencari, memahami, menghayati, mempraktikkan dan menyebarkan ilmu dan berbakti membangunkan masyarakat dengan ilmu tersebut
  4. Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik
  5. Sentiasa melaksanakan, membaiki dan beriltizam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan
  6. Sentiasa berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama

Sebagai Pendidik
Sebagai pendidik, staf akademik hendaklah mempamerkan ciri berikut:

  1. Menunjukkan komitmen serta disiplin yang tinggi terhadap tugas pengajaran dan pembelajaran
  2. Mempunyai tahap keilmuan yang tinggi dalam bidang yang diajarnya
  3. Menyediakan bahan pengajaran dengan terancang, rapi dan sentiasa mengemaskinikan bahan pengajaran sesuai dengan perkembangan terkini
  4. Melaksanakan pendekatan yang berkesan dalam pengajaran yang boleh meningkatkan kefahaman dan minat pelajar
  5. Sentiasa berinteraksi dengan mesra dan secara positif serta sentiasa bersedia membantu masalah pembelajaran pelajar
  6. Menyumbang idea dan pemikiran ke arah pemodenan kurikulum
  7. Membimbing tenaga akademik muda ke arah memantapkan dan mempertingkatkan kualiti pengajarannya


Sebagai Penyelidik
Sebagai penyelidik, staf hendaklah mempamerkan ciri berikut:

  1. Melaksanakan penyelidikan dalam bidang keutamaan dan berpotensi/ mempunyai nilai komersial
  2. Mengeluarkan hasil penyelidikan yang mempunyai impak kepada bidang kepakarannya dan pembangunan negara serta berpotensi untuk diiktiraf sebagai penyelidikan bertaraf dunia
  3. Berupaya menghasilkan penerbitan dalam jurnal terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  4. Berupaya menghasilkan penyelidikan untuk pengembangan ilmu.

Kemaskini:: 20/10/2016

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566190029