JAWATANKUASA CARIAN | PEJABAT NAIB CANSELOR
» PERKHIDMATAN » PELANTIKAN JAWATAN PENTADBIRAN UNIVERSITI » JAWATANKUASA CARIAN

JAWATANKUASA CARIAN

puncakuasapnc

 

 

Menurut Seksyen 16 Perlembagaan UPM (Pindaan) 2012, Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti atau dengan apa-apa jua nama ia disebut Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademik, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, Jawatankuasa Aduan Pelajar dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti.


Menurut Seksyen 24, Perlembagaan UPM (2010), menyatakan seperti berikut:-


(4) Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan guru setiap Fakulti, melantik seorang Dekan bagi tiap-tiap satu Fakulti dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Dekan.   Lembaga hendaklah dimaklumkan tentang pelantikan itu secepat yang mungkin.   Dekan itu hendaklah menjadi pengerusi Fakulti itu dan hendaklah menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan; dan jika Dekan tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, adalah bagi Timbalan Dekan atau mana-mana pegawai kanan lain yang dilantik oleh Naib Canselor untuk menjalankan kewajipan Dekan itu selama tempoh Dekan itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya.


(5) Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan guru setiap Sekolah, Pusat, Akademik dan Institut, melantik seorang ketua bagi tiap-tiap satu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut dan boleh melantik sekurang-kurangnya seorang timbalan ketua.   Lembaga hendaklah dimaklumkan tentang pelantikan itu secepat yang mungkin.   Ketua dan timbalan ketua itu hendaklah diberi gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan; dan jika ketua itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, adalah sah bagi timbalan ketua atau mana-mana pegawai kanan lain yang dilantik oleh Naib Canselor untuk menjalankan kewajipan ketua itu selama tempoh ketua itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya.

Sumber : Perlembagaan UPM (2010) dan Perlembagaan UPM (Pindaan) 2012

 

 

 

 

Kemaskini:: 02/11/2019 [mnazrimy]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdFAH~