Show Case Urban Agriculture (Misai Kucing) | PEJABAT NAIB CANSELOR
» PEMBUDAYAAN » PERTANIAN BANDARAN » Show Case Urban Agriculture (Misai Kucing)

Show Case Urban Agriculture (Misai Kucing)


Nama Saintifik : Orthosiphon aristatus
Asal : Tersebar meluas di kawasan tropika.
Morfologi : Herba atau syrub. Bunga dalam jambak dengan dua bibir yang ovoid. Bibir bawah bergerigi dan bibir atas lebar serta bermembran. Korola terdiri daripada dua bibir. Stamen panjang dengan filamen yang bebas.
Kegunaan : Merawat penyakit buah pinggang, jangkitan saluran kencing, kencing manis, sakit sendi, batu karang, gout, mengurangkan kolesterol dan tekanan darah dan merawat lemah jantung + darah tinggi
Cara penanaman : Bahan tanaman boleh dibiakkan menggunakan keratan batang sepanjang 6 inci. Keratan batang yang disemai dalam polibeg akan mengeluarkan akar dalam masa 2 minggu. Anak benih boleh dipindah ke lading setelah mencapai umur 4 hingga 5 minggu selepas disemai. Kadar baja yang disyorkan adalah 75kg/ha urea yang diberikan setiap 3 kali penuaian hasil atau 6-9 minggu sekali.
Sumber : 1. http://www.conservatorypark.upm.my 2. http://jtn.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/mn_img/76682file/ misai%20kucing.pdf 3. http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-misai-kucing.html#more-26

Kemaskini:: 04/12/2015

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566190709