SERDANG 1 Julai- Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah memberi taklimat penambahbaikan penilaian prestasi tahunan pegawai akademik tahun 2024 kepada 353 pegawai.
Taklimat ini dianjurkan untuk memberi penerangan berkaitan penambahbaikan pada penilaian prestasi tahunan Pegawai Akademik bagi tahun 2024.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi), UPM, Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri& Masyarakat), UPM, Prof Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor dan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, UPM, Prof. Madya Dr. Dahlia Zawawi.
Date of Input: 04/07/2024 |
Updated: 04/07/2024 | r.muhd.muzamir
MEDIA SHARING