SEKALUNG TAHNIAH: ANUGERAH TOKOH WANITA HARI PERKERJA CUEPACS 2019, ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG DAN ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM) | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» NEWS » SEKALUNG TAHNIAH: ANUGERAH TOKOH WANITA HARI PERKERJA CUEPACS 2019, ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG DAN ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM)

SEKALUNG TAHNIAH: ANUGERAH TOKOH WANITA HARI PERKERJA CUEPACS 2019, ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG DAN ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM)

Oleh: Ahmad Azlan Ahmad Saad

 

IPOH, 2 Mei 2019 - Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM yang telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Wanita Hari Pekerja CUEPACS 2019 sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 yang berlangsung pada pagi ini di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Pada majlis yang sama juga, Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA) turut menerima Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang. Anugerah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran V. Murugeson. Sebagai rekod, KEPERTAMA telah dinobatkan sebagai Kesatuan Sekerja Cemerlang (Sektor Awam) bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja 2019 Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Sumber Manusia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari sebelumnya (1 Mei 2019) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

YBhg. Datin Paduka Dato’ Naib Canselor bersama trofi dan sijil penghargaan Anugerah Tokoh Wanita Hari Pekerja CUEPACS 2019

 

Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang