Oleh: Hazrina Sello
SERDANG, 19 Julai 2024 – Pejabat Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia telah menjalani sesi penilaian Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat UPM bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024.
Penilaian EKSA peringkat UPM di Pejabat Naib Canselor pada kali ini adalah dilnilai oleh 2 orang penilai berpengalaman yang dilantik oleh Pusat Jaminan Kualiti iaitu Puan Wan Rohani Wan Mohamed, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Puan Rusniah Sayuti, Penolong Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pejabat Naib Canselor untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan persekitaran kerja di UPM.
EKSA merupakan kesinambungan dari Amalan 5S haruslah dilihat sebagai satu program yang menggalakkan semua zon di Pejabat Naib Canselor agar lebih kreatif dan inovatif. Pelaksanaan EKSA di Pejabat Naib Canselor melibatkan perancangan yang rapi, pemantauan, penambahbaikan dan konsep sentiasa amal yang berterusan dalam semua fungsi dan tugas staf.
Terdahulu Pejabat Naib Canselor telah dinilai oleh Penilai EKSA Luar PTJ iaitu Ts. Rostam Abu Bakar dan Encik Muhamad Fadirul Amri M Sidin pada 5 Januari 2024.

Date of Input: 31/07/2024 | Updated: 31/07/2024 | nor_azlin

Office of The Vice Chancellor,
4th Floor, Canselori Putra,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
The Vice Chancellor's E-mail: vc@upm.edu.my