BACA@PNC: SOROTAN MAJLIS PEMBAHAGIAN BACAAN JUZUK AL-QURAN | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » BACA@PNC: SOROTAN MAJLIS PEMBAHAGIAN BACAAN JUZUK AL-QURAN

BACA@PNC: SOROTAN MAJLIS PEMBAHAGIAN BACAAN JUZUK AL-QURAN

BACA@PNC: SOROTAN MAJLIS PEMBAHAGIAN BACAAN JUZUK AL-QURAN

 

SERDANG, 6 JULAI 2022 – Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor (PNC) telah menyerahkan agihan juzuk Al-Quran kepada semua staf PNC sebagai salah satu aktiviti READ@UNI yang dilancarkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) sempena kempen budaya membaca dalan kalangan staf di UPM. Agihan juzuk Al-Quran ini merupakan aktiviti BACA@PNC yang dibuat secara undian yang dicabut oleh setiap staf yang seramai 15 orang. Setiap staf menerima 2 juzuk Al-Quran untuk dibaca dan diselesaikan. Kemuncaknya program ini adalah dengan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran Pejabat Naib Canselor pada hujung tahun 2022.

   

Pejabat Naib Canselor menekankan kepentingan membaca dalam kalangan staf bukan sahaja untuk menyertai pertandingan READ@UNI anjuran PSAS sahaja, malah budaya membaca ini perlu diperluaskan supaya menjadi gaya hidup khususnya sebagai seorang muslim yang mengakui bahawa Rasullullah SAW menerima wahyu pertama daripada Allah SWT yang disampaikan melalui Jibril dengan berkata “Bacalah”. Maka tersampailah potongan Al-Quran yang pertama iaitu Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.

 

Sebagai hambaNya yang bertaqwa, seharusnya mempercayai bahawa Allah menurunkan ayat ini sebagai motivasi buat menimba ilmu dan menetapkan   bahawa pelajaran adalah lebih berkesan bagi membina peradaban manusia dan sekaligus membangunkan umat.

 

  

Date of Input: 19/09/2022 | Updated: 19/09/2022 | nor_azlin

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdCAi~