DASAR PENGURUSAN KUALITI | PEJABAT NAIB CANSELOR
» MENGENAI KAMI » DASAR UNIVERSITI » DASAR PENGURUSAN KUALITI

DASAR PENGURUSAN KUALITI

isopnc

 

 

SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Satu pensijilan bagi sistem pengurusan kualiti yang melibatkan 28 sijil kepada 1 sijil dan 4 buah PTJ yang belum mendapat persijilan dimasukkan bersama dalam skop bermula apabila Jawatankuasa Pengurusan Universiti  melantik Pendaftar sebagai Wakil Pengurusan pada tahun 2010. Pelaksanaan untuk mencapai satu persijilan MS ISO 9001:2008 mula digerakkan mulai bulan Julai 2010 dan penguatkuasaan dokumen pada 3 Januari 2011. Skop pensijilan merangkumi semua proses utama Universiti iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan profesional, dan perkhidmatan sokongan. 

UPM beriltizam mengadakan sistem pengurusan kualiti yang berkesan melalui menerusi dasar kualiti iaitu:


“Pekerja Universiti Putra Malaysia komited dalam mencapai kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk mencapai matlamat pelan strategik universiti. Pekerja Universiti Putra Malaysia akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab dalam mencapai objektif kualiti tersebut dikaji dari semasa ke semasa supaya selaras dengan visi, misi dan matlamat UPM.”

Bagi melaksanakan dasar maka proses-proses melibatkan skop SPK di UPM telah didokumenkan dalam prosedur, garis panduan atau arahan kerja. Semua dokumen yang telah diwujudkan, dikawal dan diselenggara secara sistematik. Dokumen SPK boleh diakses menerusi Sistem Pengurusan ISO UPM (e-ISO) bagi tujuan dibaca atau dicetak untuk rujukan.

Keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan UPM dilihat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Kualiti sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa ISO (JKISO), pelaksanaan proses semakan pengurusan melalui Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) dan audit dalaman.  Mesyuarat JKISO dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun, MKSP dan Audit Dalaman UPM pula dilaksanakan sekali dalam tempoh setahun. 

Proses semakan pengurusan di UPM memberi tumpuan kepada aktiviti penambahbaikan berterusan yang dilapor dan dibincangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan setiap tahun. Penambahbaikan berterusan melihat kepada aktiviti peluang penambahbaikan yang akan dan sedang dilaksanakan di UPM.

Impak pelaksanaan melalui inisiatif Sistem Pengurusan Kualiti dapat dilihat melalui laporan yang dibincang dan dilaporkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan UPM. Pencapaian standard/kualiti berhubung pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan di Universiti dapat dijamin dan menyokong universiti ke arah menduduki tangga ke-200 terbaik universiti-universiti dunia.

 

 logo kualiti

NOMBOR PENSIJILAN

Nombor pendaftaran pensijilan akan menggunapakai No. Persijilan Fakulti Perubatan Veterinar iaitu AR 2020. Menggunapakai skop Fakulti Perubatan Veterinar sebagai panduan untuk membangunkan skop persijilan umum bagi UPM.

 [Visi, Misi dan Dasar Kualiti ]

 

 

Kemaskini:: 25/04/2019 [ahmadazlan]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566190970