JAUHI PERILAKU | PEJABAT NAIB CANSELOR
» UNIT INTEGRITI » TAKRIF ETIKA KERJA » JAUHI PERILAKU

JAUHI PERILAKU

amalanbaik


Perilaku yang Perlu Dijauhi

Semua staf perlu menjalankan tugas dengan cemerlang, berusaha meninggikan perkhidmatan dan seterusnya menanamkan sikap sentiasa berusaha untuk pembaikan yang berterusan, mengutamakan pelanggan, bermuafakat dan bekerjasama melalui kerja berpasukan untuk kejayaan dan kepentingan universiti.

Disenaraikan perilaku yang perlu dijauhi oleh semua staf Universiti Putra Malaysia semasa melaksanakan tugas seharian:

  1. Melanggar prinsip dan nilai etika yang telah ditetapkan;
  2. Tidak menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan;
  3. Tidak menyiapkan tugas yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan;
  4. Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri;
  5. Malas berusaha;
  6. Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaiki;
  7. Bersungguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri;
  8. Berdendam dan hasad dengki;
  9. Khianat dalam melaksanakan tugas;
  10. Pemarah dan tidak sabar;
  11. Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain;
  12. Mengampu untuk mendapatkan pujian dan sanjungan;
  13. Tamak dan mengejar pangkat dan kedudukan;
  14. Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat;
  15. Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk;
  16. Berpura-pura dalam tindakan;
  17. Tidak menghargai masa;
  18. Tidak bekerjasama dengan rakan sejawat; dan
  19. Mengamalkan rasuah.

Sumber :
Unit Integriti, Universiti Putra Malaysia

Kemaskini:: 20/10/2016

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566056057