Show Case Urban Agriculture (Kucai) | PEJABAT NAIB CANSELOR
» PEMBUDAYAAN » PERTANIAN BANDARAN » Show Case Urban Agriculture (Kucai)

Show Case Urban Agriculture (Kucai)


Nama Saintifik : Allium tuberosum
Nama Tempatan : Kucai
Asal : Berasal daripada China. Kebanyakannya ditanam di kawasan Asia Tenggara seperti di Jepun, Korea dan India termasuklah Malaysia.
Morfologi : Sejenis herba yang hidup secara berumpun. Mempunyai daun yang mencapai hingga 40 cm panjang. Infloresen mempunyai bunga putih yang banyak. Keseluruhan bahagian mengeluarkan bau.
Kegunaan : Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Boleh digunakan sebagai perasa dalam masakan
Cara penanaman : Terdapat 2 cara untuk membiak kucai iaitu melalui rizom dan juga biji benih. Kucai memerlukan cahaya matahari penuh untuk hidup. Suhu yang optimum bagi kucai ialah 20C (tanah tinggi) dan 25-27C (tanah rendah). Selain itu, kucai tumbuh subur di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik dan kaya dengan bahan organik. pH tanah yang sesuai untuk kucai adalah di antara 4.5 hingga 6.5. Kucai yang ditanam terus menggunakan batang rizom dengan satu rumpun kucai mempunyai 3 rizom untuk penanaman yang optimum. Pembajaan NPK Hijau (15:15:15) : 100 kg unsur N / ha. Kucai tidak begitu cerewet dari segi penyiraman. 2 kali penyiraman, pagi dan petang sudah memadai.
Sumber 1. http://www.conservatorypark.upm.my 2. http://sakirohabdullah.blogspot.my/p/kesukaan.html 3. http://pertanianperak.gov.my/jpp/index.php/aktiviti-daerah-a-cawangan/daerah/kinta/184-info-pertanian/panduan-menanam/997-panduan-menanam-kucai

Kemaskini:: 04/12/2015

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566053823