Bera, Pahang, 11 Mac 2017
Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 telah dirasmikan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertempat di Padang Majlis Daerah Bera, di Bera.
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan konsisten dalam
menjaga kebajikan semua rakyat, terutamanya golongan Bumiputera, termasuk usaha
melalui program JPB 2017 ini. Kerajaan ingin memastikan tidak ada pelajar
Bumiputera yang layak ke institusi pengajian tinggi (IPT) tercicir kerana
masalah seperti kemiskinan.
Majlis dihadiri kira-kira 15,000 penduduk sekitar dan generasi muda, dan menyaksikan penyerahan watikah pelantikan agensi awam dan Universiti sebagai Rakan Strategik JPB 2017. UPM yang diwakili oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Aini Ideris, Naib Canselor menerima watikah pelantikan UPM sebagai Rakan Strategik Program Jelajah Pendidikan Bumiputera daripada YAB Perdana Menteri. Pada Majlis tersebut YAB Perdana Menteri turut dilancarkan aplikasi JPB4U bagi memudahkan pelajar mendaftar untuk menyertai program berkenaan.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi
Jawatankuasa Induk JPB 2017, Profesor Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar.
Tarikh Input: 13/03/2017 | Kemaskini: 13/03/2017 | mnazrimy
Pejabat Naib Canselor,
Tingkat 4, Canselori Putra,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Emel Naib Canselor: vc@upm.edu.my