
KOTA TINGGI, 5 Jun - Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, telah mengetuai lawatan delegasi UPM ke Kota Tinggi, Johor pada Sabtu lalu.
Lawatan ini merupakan tinjauan UPM bagi merealisasikan usaha universiti untuk menarik minat serta melahirkan lebih ramai usahawantani dari golongan komuniti luar bandar di Kota Tinggi.
Pada lawatan ini, Dato' Prof. Mohd. Roslan telah mengadakan perbincangan bersama Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Mohd Affendi Dullah berkaitan usaha tersebut serta mengadakan lawatan tapak ke lokasi projek pertanian tanaman sayur-sayuran secara fertigasi dan ternakan ayam pedaging yang sedang diusahakan oleh komuniti di Kota Tinggi.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail; Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Loh Teck Chwen; Pengarah Institut Kajian Perladangan, Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique; Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dr. Faez Firdaus Jesse Abdullah; Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad; Pengarah Pusat Pertanian Putra, Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin serta Felo Penyelidik ITAFoS, Prof. Madya Dr. Hawa Jaafar.
Tarikh Input: 08/06/2023 |
Kemaskini: 08/06/2023 | nazryhisham
PERKONGSIAN MEDIA