
SERDANG, 4 Mei- Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman mengadakan Ziarah Raya kepada staf di Kompleks Perumahan Universiti hari ini.
Ziarah Raya ini bertujuan mengunjungi serta menyampaikan sumbangan raya kepada enam orang staf yang terlibat di Kuarters Ladang 1 (3 keluarga), Kompleks Perumahan Universiti (1 keluarga), Kuarters Ponggamia (1 keluarga) dan Kuarters Ladang Puchong (1 keluarga).
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Pendaftar UPM, Encik Muhazam Mansor dan Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd. Daud Awang.
Tarikh Input: 05/05/2023 |
Kemaskini: 05/05/2023 | nazryhisham
PERKONGSIAN MEDIA