Kunjungan Hormat YBhg. Dato' Naib Canselor Ke Pejabat Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin | PEJABAT NAIB CANSELOR
» BERITA » Kunjungan Hormat YBhg. Dato' Naib Canselor ke Pejabat Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin

Kunjungan Hormat YBhg. Dato' Naib Canselor ke Pejabat Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin

 
5 Jan - Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr Mohd Roslan Sulaiman telah mengadakan sesi perbincangan dengan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin selepas menghadiri mesyuarat Pasca Kabinet.
 
Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato' Naib Canselor berkongsi maklumat mengenai pencapaian dan kedudukan semasa UPM.
 
Pada masa sama, YB. Menteri Pendidikan Tinggi menyarankan agar UPM sentiasa berusaha memenuhi visi, misi dan matlamat penubuhan universiti dengan menjayakan agenda pertanian dan menyumbang kepada pembangunan negara serta kesejahteraan masyarakat.
 
YBhg. Naib Canselor turut menyampaikan Buku Diari 2023 UPM kepada YB. Menteri yang menampilkan konsep Kampus Hijau seiring dengan kedudukan UPM sebagai universiti paling lestari di negara berdasarkan UI-GreenMetric 2023.
 
Pertemuan itu juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain.
 

Tarikh Input: 09/01/2023 | Kemaskini: 09/01/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdQAm~