UPM Fokus Penggunaan Teknologi IoT Dalam Sistem Fertigasi Tanaman Sayuran Dan Buah-buahan | PEJABAT NAIB CANSELOR
» ARTIKEL » UPM fokus penggunaan teknologi IoT dalam sistem fertigasi tanaman sayuran dan buah-buahan

UPM fokus penggunaan teknologi IoT dalam sistem fertigasi tanaman sayuran dan buah-buahan

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) dan MSD Innovation Sdn Bhd mewujudkan kerjasama untuk meneroka peluang pertanian pintar dan potensi penggunaan teknologi baharu menggunakan teknologi internet benda (IoT).
 
Melalui Mou ini, UPM dan MSD Innovation Sdn Bhd mengfokuskan kepada pengunaan teknologi berteraskan Revolusi Perindustrian (4IR), IoT, pengkomputeran awan (cloud) dan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) untuk meneroka pertanian pintar bagi menghasilkan sayur segar di ladang 15 UPM secara tertutup.
 
Naib Canselor, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, UPM mempunyai kepakaran dalam usaha meningkatkan pengoperasian penanaman secara sistem fertigasi berasaskan sistem IoT adalah satu langkah yang sangat tepat di mana UPM mempunyai pakar bidang pertanian yang boleh bersama membantu merealisasikan hasrat pihak syarikat untuk menggunapakai teknologi IoT dalam sistem fertigasi untuk tanaman sayuran dan buah-buahan.
 
"Sistem IoT dapat memberi manfaat kepada petani kerana ia membenarkan mereka mengumpul, memantau dan menganalisis data dari ladang mereka dengan efisien. Selain itu, sistem IoT juga boleh membantu petani mengurus sistem pengairan, menjejaki pergerakan produk dan mengoptimumkan rantaian bekalan mereka.
 
Jika sistem fertigasi berasaskan sistem IoT dapat dilaksanakan secara besar-besaran di kawasan tersebut ia akan dapat membantu para petani setempat untuk mendapat sumber makanan serta pendapatan yang lumayan.
 
 

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 18/04/2023 | nazryhisham

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXEYOAW~