Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441H | PEJABAT NAIB CANSELOR
» ARTIKEL » Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441H

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441H

 

 
 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera…

Warga UPM yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan Rahmat-Nya, kita diberikan kesempatan sekali lagi untuk dapat menyambut Ramadhan bulan seribu rahmat pada tahun ini. Sambutan Ramadhan kita pada tahun ini tentunya adalah amat berbeza sekali daripada tahun-tahun sebelumnya, kerana berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid19 yang melanda negara kita, malah dunia.

Kita semua sedang diuji dengan wabak ini. Selain pencegahan dari aspek kesihatan, amatlah penting kita berusaha dari segi kerohanian juga. Ambillah peluang daripada bulan Ramadhan ini untuk berdoa kepada-Nya agar kita semua dilindungi dari penyakit yang berbahaya ini, dan terus istiqamah membuat kebaikan.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga UPM. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat menyempurnakan ibadah dengan lebih sempurna berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Semoga ukhwah antara warga UPM menjadi semakin rapat, sejahtera, dan diberi perlindungan oleh-Nya agar dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab sehari-hari dengan sebaiknya. Semoga iman kita dapat dipertingkatkan dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah Subhanawata’ala.

Teruskan semangat bantu-membantu, saling bekerjasama, kekal produktif dan bersedekah untuk membantu mereka yang memerlukan. Semoga semua warga UPM dapat kekal patuh kepada peraturan PKP dalam menyambut Ramadhan ini.

Selamat berpuasa dan maaf zahir & batin dari saya dan seisi keluarga.

Wishing everyone a blessed Ramadhan, and may Allah S.W.T. accept our fasting, forgive our sins, and guide us all to the straight path.

 

‘BERILMU, BERBAKTI’

“We Love UPM” 

 

AINI
------------------------------
Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris, FASc
SSIS, DPMK, DSIS, PSK, KMN
Naib Canselor
Universiti Putra Malaysia

 
 
facebook twitter instagram youtube
 
Universiti Putra Malaysia
 
 
marketing@upm.edu.my

Tarikh Input: 24/04/2020 | Kemaskini: 24/04/2020 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1606272494