PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN | PEJABAT NAIB CANSELOR
» MENGENAI KAMI » ENTITI PEJABAT NAIB CANSELOR » PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

oshapnc

 

 

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Universiti telah ditubuhkan dalam tahun 2004 bagi membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di UPM, sejajar dengan surat arahan dari Ketua Setiausaha Negara berkaitan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan pelaksanaan arahan, peraturan, prosedur serta peruntukan Undang-undang berkaitan keselamatan dan perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Memandangkan skop tugas yang luas, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006 dibawah tanggungjawab Bahagian Pembangunan UPM, untuk menjadi penggerak dan urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti.

UPM telah memperoleh status universiti penyelidikan dalam tahun 2007 dan skop KKP turut berkembang. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seterusnya telah dinaiktaraf menjadi Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 1 September 2007 serta berpindah ke Pejabat Pendaftar UPM. Dibawah naungan Pejabat Pendaftar, pengurusan keselamatan dan kesihatan terus berkembang maju.

Selain menguruskan aktiviti Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 
Seksyen telah mula terlibat dengan latihan kompetensi, pelaksanaan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta memperkenalkan polisi pemberian pakaian keselamatan kepada staf. 

Berkuatkuasa 1 Ogos 2009, Sekyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah di naiktaraf sekali lagi menjadi satu entiti baharu iaitu Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM dan telah diletakkan di bawah naungan Pejabat Naib Canselor sendiri. Ini menunjukkan komitmen UPM terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terus meningkat.

 

Laman Sesawang:  http://www.osh.upm.edu.my/

 

Kemaskini:: 21/09/2018 [nurainakmal]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566053944