DARI MEJA KETUA BAHAGIAN | PEJABAT NAIB CANSELOR
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » DARI MEJA KETUA BAHAGIAN

DARI MEJA KETUA BAHAGIAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

 

Selamat datang ke laman web rasmi Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor.

Bahagian Pejabat Naib Canselor merupakan sebuah entiti yang ditubuhkan  pada 30hb Jun 2006 di mana, Bahagian ini berperanan melaksanakan hal ehwal dan tadbir urus Naib Canselor Universiti di samping menyelaraskan entiti-entiti di bawah Pejabat Naib Canselor. Penubuhannya  adalah sejajar dengan usaha dan hasrat Naib Canselor untuk meningkatkan keberkesanan dan menyelaras urusan pentadbiran universiti secara lebih terancang dan lebih dinamik. Entiti di bawah Pejabat Naib Canselor adalah Bahagian Pentadbiran (BPPNC), Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Bahagian Audit Dalam, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Unit Integriti.

Warga kerja Bahagian Pentadbiran sentiasa berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan memastikan setiap urus tadbir universiti sentiasa berjalan dengan lancar dan efisien.  Secara ringkasnya, antara peranan utama yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian ini, dalam memastikan matlamat universiti tercapai adalah sebagai Setiausaha dan Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dan Mesyuarat Pegawai Kanan Universiti. Kedua-dua mesyuarat ini merupakan elemen utama dalam pembuatan keputusan dan penyampaian maklumat kepada pegawai kanan universiti. Mekanisme ini berupaya menjadi wadah hebahan dan penyampaian maklumat ke peringkat fakulti/institut/pusat/sekolah dan kolej.

Selain itu, Bahagian ini juga turut memastikan proses pelantikan Pegawai Utama Pentadbiran UPM dilaksanakan melalui Jawatankuasa Carian yang dilantik, dijalankan dengan telus dan saksama. Langkah ini bertepatan dengan usaha meningkatkan tadbir urus yang berkesan pada pelbagai peringkat sama ada fakulti/institut/pusat/sekolah atau kolej. Jawatankuasa Carian ini membantu Naib Canselor dalam membuat keputusan dalam urusan pelantikan Ketua PTJ selaras dengan peruntukan Perlembagaan Universiti.

Pada masa yang sama, Bahagian Pentadbiran turut berperanan dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang melibatkan Pejabat Naib Canselor adalah sentiasa dipatuhi dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada warga universiti dan masyarakat.

Semoga Laman Web Bahagian Pentadbiran mampu menyumbangkan maklumat yang diperlukan dan memenuhi kehendak pengguna dari semasa ke semasa.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor dan mengajak tuan/puan untuk bersama-sama melonjak prestasi pencapaian universiti selaras dengan visi Universiti Putra Malaysia untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

BERILMU BERBAKTI

PERTANIAN . INOVASI . KEHIDUPAN

MOHD NAZRI MD YASIN
Ketua Bahagian Pentadbiran
Pejabat Naib Canselor

 

 

 

Kemaskini:: 23/07/2018 [nurainakmal]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT NAIB CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
B1566053941