PROGRAM KERJASAMA ANTARABANGSA UPM DIPERKUKUHKAN KE TURKI | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » PROGRAM KERJASAMA ANTARABANGSA UPM DIPERKUKUHKAN KE TURKI

PROGRAM KERJASAMA ANTARABANGSA UPM DIPERKUKUHKAN KE TURKI

Oleh: Norhasliza Hassan

TURKI, Oktober 2019 - Satu memorandum persefahaman (MoA) Joint PhD Program antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Ataturk University, Turki telah ditandatangani pada 24 Oktober 2019 oleh Naib Canselor, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dan Rektor, Ataturk University, Prof. Dr. Omer Comakli. Bidang kerjasama Joint PhD Program  ini adalah merangkumi bidang industrial engineering, biology, chemical engineering, food engineering, dan electrical and electrical engineering.  

Kerjasama dengan Ataturk University ini telah dimulakan sejak tahun 2017 dengan diterajui oleh Institut Teknologi Maju (ITMA). Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah program mobiliti pelajar dan staf (termasuk MEVLANA), penyelidikan bersama dan perkongsian geran. Selain itu, Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon, Pengarah ITMA telah dilantik sebagai ‘Cultural and Educational Attache of Malaysia for Ataturk University’, manakala Prof. Dr. Mehmet Ertugrul, Professor daripada Ataturk University dilantik sebagai Profesor Pelawat di Fakulti Kejuruteraan UPM. Malahan, semasa lawatan ini diadakan seramai 20 orang pelajar dan 5 Pegawai UPM sedang menjalani program mobiliti selama 2 minggu dengan universiti-universiti di Turki yang mana diselaraskan oleh Ataturk University.

MoA dengan Ataturk University ini merupakan sebahagian daripada misi lawatan kerja  UPM ke Kazakhstan yang diketuai oleh Naib Canselor serta turut disertai oleh Prof. Dr. Mohd Nizar Hamidon, Pengarah Institut Teknologi Maju, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Robiah Yunus dan Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Naib Canselor, Puan Norhasliza Hassan.

Dalam lawatan di Erzurum juga, Naib Canselor telah diundang untuk mengadakan perbincangan kerjasama dengan Mayor Erzurum, Mehmet Sekmen, dan juga memberi ucapan di International Nursing Education Congress yang dihoskan oleh Ataturk University.

Dalam misi yang sama juga, UPM turut mengadakan lawatan ke pelbagai fasiliti pengajaran dan penyelidikan serta menandatangani memorandum persefahaman dan Protokol MEVLANA dengan Istanbul Technical University (ITU), Istanbul pada 21 Oktober 2019, Middle East Technical University (METU), Ankara, pada 22 Oktober 2019, dan Erzurum Technical University (ETU), Erzurum pada 23 Oktober 2019.

 

 

Bersama Pengurusan Ataturk University serta pelajar dan staf UPM yang sedang menjalani program mobiliti 
di Universiti-Universiti di Turki

    Menandatangani MoA Joint PhD Prof. Dr. Omer Comakli, Rector, Ataturk University, Erzurum

 

Menandatangani MOU dan Mevlana Protocol dengan Prof. Dr. Bulent Ckamak, Rector, Erzurum Technical University (ETU), Erzurum

 

Menandatangani MOU dan Mevlana Protokol dengan Prof Dr. Mehmet Karaca, Rektor, Istanbul Technical University (ITU)

 

Menandatangani MOU dengan Prof. Dr. Mustafa Versan Kok, President, Middle East Technical University, Ankara

 

Mesyuarat akademik dengan pihak Middle East Technical University, Ankara

 

Perjumpaan dengan Mayor Erzurum, Mehmet Sekmen

 

YBhg. Datin Paduka Dato' Naib Canselor memberi ucapan di International Nursing Education Congress, Ataturk University

 

Date of Input: 01/11/2019 | Updated: 05/11/2019 | ahmadazlan

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdDAD~