PROGRAM KELESTARIAN HIJAU: AKTIVITI KAYUHAN SANTAI; RECYCLE TO CYCLE | OFFICE OF VICE CHANCELLOR
» NEWS » PROGRAM KELESTARIAN HIJAU: AKTIVITI KAYUHAN SANTAI; RECYCLE TO CYCLE

PROGRAM KELESTARIAN HIJAU: AKTIVITI KAYUHAN SANTAI; RECYCLE TO CYCLE

 Oleh: Ahmad Azlan Ahmad Saad

SERDANG, 22 Februari 2019:  Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor telah menganjurkan Program Kelestarian Hijau: Aktiviti Kayuhan Santai; Recycle to Cycle pada 22 Februari 2019. Program berbasikal ini disertai seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada staf Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Unit Integriti.  Penganjuran program ini selaras dengan Dasar Hijau UPM 2011 di mana salah satu inisiatif dasar ini adalah untuk mengurangkan penghasilan semua jenis sisa daripada semua jenis aktiviti yang dilakukan di Universiti melalui program 4R (Pengurangan, Penggunaan Semula, Pembaikan, Kitar Semula). Setiap peserta yang menyertai program ini perlu menukarkan 10 botol PET terpakai atau lima (5) tin aluminium bagi menyewa sebuah basikal dan topi keledar Keselamatan melalui program Recycle to Cycle (R2C) iaitu program usahasama antara Universiti Putra Malaysia dengan Coca-Cola Malaysia di bawah kelolaan Fakulti Sains.

 

 

 

Encik Mohd Nazri Md Yasin, Ketua, Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor menyerah 100 botol mineral terpakai kepada Encik Wan Azrul Fazly Wan Sarif, urusetia Program Recycle to Cycle (R2C)

 

Kayuhan bermula dari Fakulti Sains pada jam 3:30 petang dan melalui Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Masjid UPM, Institut Biosains, Kolej Serumpun, Kolej Tiga Belas, Pusat Kesihatan Universiti, Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Tun Perak, Kolej Kedua, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Astaka Seni, Fakulti Ekologi Manusia dan kembali semula ke Fakulti Sains dengan anggaran jarak lebih daripada 5 kilometer. Peserta diiringi oleh pasukan bermotor dari Unit Kawalan Trafik, Bahagian Keselamatan Universiti sepanjang laluan kayuhan bagi menjaga lalu lintas dan keselamatan para peserta.

 

 
 Peserta berkumpul di kiosk Recycle to Cycle (R2C), Fakulti Sains sebelum aktiviti bermula

 

 

Peserta memilih basikal

 

Encik Mohd Nazri Md Yasin, Puan Hazrina Selo, Encik Ahmad Azlan dan Encik Hasfizar dihadapan Fakulti Ekologi Manusia

 

 

Pegawai Keselamatan dari Unit Trafik, Bahagian Keselamatan Universiti yang mengiringi para peserta

 

Para peserta yang menyertai program ini berasa gembira dan berpuas hati kerana mereka dapat bersenam melalui aktiviti kayuhan basikal. “Saya berasa amat teruja untuk menyertai aktiviti ini kerana di samping kita dapat mengeluarkan peluh, aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sepejabat secara lebih santai. Selain itu, aktiviti ini dapat mengurangkan tekanan ditempat kerja”, Encik Abdul Rahman Sharudin, Penolong Pegawai Tadbir Kanan.  Ketua Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor, Encik Mohd Nazri Md Yasin berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan lebih ramai lagi penyertaan dan melibatkan kesemua entiti di bawah Pejabat Naib Canselor.