MAJLIS PERASMIAN SUKAN STAF UPM (SUSTAF) 2019 | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » MAJLIS PERASMIAN SUKAN STAF UPM (SUSTAF) 2019

MAJLIS PERASMIAN SUKAN STAF UPM (SUSTAF) 2019

Oleh: Abdul Rahman Sharudin

Penganjuran Sukan Staf Universiti Putra Malaysia (SUSTAF) diadakan pada setiap tahun adalah bermatlamat untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan di kalangan pekerja. Penyertaan mereka amatlah digalakkan bagi menaikkan mutu sukan seterusnya akan dapat menengahkan pekerja yang berbakat untuk mewakili Universiti ke peringkat Nasional seperti Sukan MASUM, Sukan SEA dan sebagainya. Di samping itu, kejohanan seperti ini  diharapkan akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan lebih mengenali dikalangan pekerja yang jarang berjumpa disebabkan komitmen atas tugasan masing-masing.

Perasmian Kejohanan SUSTAF 2019 pada kali ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Paduka Dato’ Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia pada 1hb April 2019, jam 3.00 petang bertempat di Stadium UPM.

Paluan gong sebanyak 3 kali oleh YBhg. Datin Paduka Dato’ Naib Canselor adalah merupakan gimik perasmian kejohanan sukan ini. Suasana meriah dapat dirasai dengan kehadiran seramai 700 orang terdiri para peserta dan pegawai utama Universiti.

Pihak penganjur telah menetapkan dua (2) acara akan dipertandingkan pada hari perasmian iaitu Perbarisan dan Bolasepak.


KEMENANGAN YANG DIRAIH

  1. JUARA PERBARISAN GABUNGAN 8

Penglibatan pekerja Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor yang diketuai oleh Encik Mohd Nazri bin Md Yasin, selaku Ketua Kontinjen telah banyak memberikan idea dalam penyertaan acara ini.  Displin yang tinggi dan kesungguhan seramai 114 peserta dan penglibatan dari pelbagai entiti merangkumi pekerja daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional Bukan Akademik dan Pelaksana, yang mengambil bahagian dalam perbarisan ini mencerminkan hubungan yang baik di kalangan PTJ dan mempunyai sikap kerjasama yang tinggi bagi menjayakan sesuatu program.

Seramai tujuh (7) orang pekerja Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor PNC telah mengambil bahagian dalam acara ini, iaitu:

  1. Encik Mohd Nazri Md Yasin
  2. Puan Nurainakmal Kamal Bahrin
  3. Encik Abdul Rahman Sharudin
  4. Encik Ahmad Azlan Ahmad Saad
  5. Encik Muhamad Azfar Ismail
  6. Encik Ahmad Zhafran Abdul Hamid
  7. Puan Sarina Mad Suri

 

Gabungan 8 ini terdiri daripada Pejabat Naib Canselor,  Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Pejabat Busar,  Pusat Islam, Pusat Kebudyaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Pejabat Pendaftar, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pusat Jaminan Kulaiti.

 

 

 

 

Dengan Motto Nurturing Talents, Exceeding Limit, Maskot Harimau serta kreativiti persembahan berkonsepkan THE HAKKA cetusan idea daripada Encik Muhamad Azfar Ismail yang dipersembahkan dengan berkesan, sudah cukup menyakinkan para juri memberikan markah yang tinggi dan menobatkan Gabungan 8 sebagai Juara bagi Acara Perbarisan yang berprestij ini.  Disamping gelaran juara, Gabungan 8 turut memenangi Anugerah Formasi Terbaik dengan mendahului 7 gabungan yang lain.  Pencapaian pada tahun ini adalah merupakan pencapaian terbaik berbanding memenangi tempat kedua pada tahun 2018.

 

 

Anugerah Formasi Terbaik, Gabungan 8 

 

Juara Keseluruhan Acara Perbarisan, Gabungan 8         

                                  

  1. SUKAN FASA 1

Kejohanan sukan SUSTAF ini dibahagikan kepada dua (2) fasa.

Fasa 1 telah berlangsung pada 1hb April 2019 hingga 3 Mei 2019. Manakala Fasa 2 akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Acara Sukan yang dipertandingkan pada Fasa 1 ini adalah:-

  1. Bola Sepak
  2. Petanque Campuran
  3. Tenpin Boling
  4. Bola Jaring
  5. Golf

Pada Sukan Fasa 1, penyertaan staf iaitu Encik Ahmad Zhafran Abdul Hamid sebagai pemain yang bertanding dalam acara Petanque telah berjaya memenangi Tempat Kedua, manakala Puan Nurainakmal Kamal Bahrin sebagai pemain pasukan Bola Jaring di kedudukan Keempat secara keseluruhannya.

Sehingga kini, Gabungan 8 mengekalkan kedudukan tempat Pertama secara keseluruhannya pada Sukan Fasa 1 ini.

  1. SUKAN FASA 2

Sukan Staf Fasa 2 akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Acara sukan yang akan dipertandingkan adalah:-

  1. Bola Tampar Lelaki
  2. Badminton Campuran
  3. Hoki Lelaki
  4. Ping Pong Campuran
  5. Futsal Wanita

 

   

   

Date of Input: 30/04/2019 | Updated: 02/05/2019 | nurainakmal

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdRAy~