MAJLIS GEMILANG PUTRA DAN SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT UPM TAHUN 2019 | OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
» NEWS » MAJLIS GEMILANG PUTRA DAN SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT UPM TAHUN 2019

MAJLIS GEMILANG PUTRA DAN SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT UPM TAHUN 2019

 

Oleh: Hafsah Johan

Serdang, Jumaat 3 Mei 2019 - Pengiktirafan kepada pekerja bukanlah perkara baharu, tetapi ia adalah satu keperluan sumber manusia dalam memastikan kejayaan dan kecemerlangan sesuatu entiti malah kejayaan negara termasuk di Malaysia. 

Pengurusan Tertinggi

Barisan pengurusan tertinggi UPM di pentas Majlis Gemilang Putra

Sehubungan itu, penganjuran Majlis Gemilang Putra (MGP) dan Sambutan Hari Pekerja Peringkat UPM bagi tahun ini telah diadakan dengan meriahnya bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.  Dengan tema “Pekerja Amanah Aspirasi Negara”, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, dalam kata aluannya memberikan pengertian pekerja yang amanah sebagai seorang yang rela dan ikhlas dalam pekerjaannya, tanpa penyelewengan dalam batas jawatan yang digalas dan bertanggungjawab memastikan organisasinya mencapai matlamat yang disasarkan dengan jayanya.  Amalan nilai amanah dan integriti akan memberi kesan kepada pencapaian bermutu tinggi dan penyampaian perkhidmatan melalui etika dan nilai kerja progresif selaras dengan kehendak moral yang murni dan terpuji yang akan menjadikan seseorang pekerja itu aspirasi negara.  Dalam ucapan perasmiannya pada majlis tersebut, beliau berkata “kecemerlangan sesebuah universiti bukan hanya dari aspek luaran dan kemudahan fizikal yang mempesonakan sahaja tetapi turut dijana dari aspek keupayaan, kemahiran, keperibadian dan komitmen tinggi modal insan iaitu kakitangan universiti sendiri”.

 

Ucapan perasmian MGP 2019 oleh Naib Canselor, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris

Beliau seterusnya menyampaikan anugerah bagi pekerja iaitu Anugerah Jasamu Dikenang bagi staf yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, Anugerah Jasa Putra bagi staf yang bersara, Anugerah Setia Putra bagi staf yang telah berkhidmat selama 20 tahun, Anugerah Bakti Putra bagi staf yang telah berkhidmat selama 30 tahun dan anugerah yang diberikan kepada paling ramai staf iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada staf yang telah berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2018 seramai 453 orang.  Bagi kuota gabungan Pejabat Naib Canselor, Puan Nurainakmal Kamal Bahrin telah disenaraikan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor.  Berikut adalah senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di bawah gabungan Pejabat Naib Canselor:

Bil.

Pusat Tanggungjawab

Nama Penerima

1.

Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi

  • Hanisah binti Abdul Rahman
  • Marina binti Ismail
  • Zarina binti Ismail

2.

Bahagian Audit Dalam

  • Mohd Azis bin Abdullah

 

3.

Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  • Mohd Naim bin Mohd Ishak
  • Mimi Mazura binti Mohamad

4.

Bahagian Pentadbiran

  • Nurainakmal binti Kamal Bahrin

5.

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen

  • Nur Zila binti Zainuddin

6.

Pejabat Penasihat Undang-Undang

  • Sharizan bin Zulkepli

7.

Pusat Jaminan Kualiti

  • Siti Fatimah binti Hasim

Pejabat Naib Canselor juga, YM Puan Tengku Zaihierah Tengku Zainol Rashid (Bahagian Audit Dalam) menerima Anugerah Jasa Putra, manakala Puan Haslida Hassan (Unit Integriti) dan Puan Zainora Abdul Talib (Bahagian Audit Dalam) menerima Anugerah Setia Putra.

 

Puan Nurainakmal penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018

Jawatankuasa penganjur berharap majlis ini akan menjadi pendorong dan inspirasi pada yang lain untuk terus memberi kualiti perkhidmatan yang terbaik bagi mencapai visi dan misi UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia.

Date of Input: 21/05/2019 | Updated: 23/05/2019 | nurainakmal

MEDIA SHARING

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6001
+603 9769 2016
SXDdKAH~